Judul : ‘Cina Pijak Melayu’ : Hamizura Osman Jawab Desakan Pemuda Amanah Perak
link : ‘Cina Pijak Melayu’ : Hamizura Osman Jawab Desakan Pemuda Amanah Perak
‘Cina Pijak Melayu’ : Hamizura Osman Jawab Desakan Pemuda Amanah Perak
Adik Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman menjawab desakan Ketua Pemuda Amanah Perak Hasnul Zulkarnain agar Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan disiplin berhubung kenyataan ‘Cina pijak Melayu’.
Hamizura Osman berkata kenyataannya bersifat peribadi dan tidak perlu dikaitkan dengan kakaknya atau suaminya, bekas Ketua Penaja PPBM Bahagian Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar.
“Sebenarnya saya tak layak untuk diberi perhatian yang begitu khusus kerana saya hanyalah seorang ahli biasa dari parti PPBM berbanding beliau adalah Ketua Pemuda Parti AMANAH Negeri Perak.
“Adik Hasnol menyatakan saya sebagai adik kepada Naib Presiden PPBM… Isteri kepada Azrul Suhadi, telah membuat kenyataan berunsur rasis dan menyatakan saya cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap PH.
“Untuk pengetahuan adik Hasnol, kenyataan saya adalah bersifat peribadi dan tak perlu kaitkan keluarga saya mahu pun parti PPBM.
“Tak perlu Hasnol mengaitkan saya sebagai adik Naib Presiden PPBM dan isteri kepada Azrul Suhadi jika mahu memberi teguran. Tegurlah saya sebagai Hamizura Osman kerana kenyataan saya di FB adalah bersifat peribadi. katanya dalam satu kenyataan.
Hamizura menegaskan kedudukan Melayu perlu dipertahankan kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, kenyataan Ketua Pemuda Amanah itu mengesahkan lagi tohmahan ‘Amanah adalah balaci DAP’.
“Berkenaan konsep tanpa mengira bangsa dan agama yg diketengahkan oleh adik Hasnol, saya cadangkan supaya adik Hasnol mengkaji pelembagaan Malaysia berkenaan hak istimewa Orang Melayu.
“Terima kasih kerana adik Hasnol sudi memberi komen kepada kenyataan kak Zura sekali gus menjadi sebahagian dari kajian kak Zura untuk mengkaji minda dan pemikiran pengikut Pakatan Harapan Perak.
“Melalui kenyataan adik Hasnol..Kak Zura ingin mengesahkan yang Nga Ko Meng dan Ngeh Ko Ham adalah pemimpin Pakatan Harapan yang sangat disanjung tinggi dan dihormati di Negeri Perak,”katanya lagi.
Demikianlah Artikel ‘Cina Pijak Melayu’ : Hamizura Osman Jawab Desakan Pemuda Amanah Perak
Sekianlah artikel ‘Cina Pijak Melayu’ : Hamizura Osman Jawab Desakan Pemuda Amanah Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Cina Pijak Melayu’ : Hamizura Osman Jawab Desakan Pemuda Amanah Perak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/cina-pijak-melayu-hamizura-osman-jawab.html