Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing

Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing
link : Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing

Baca juga


Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM), bahawa beliau tidak mengetahui dan tidak diberikan sebarang taklimat mengenai urus niaga yang dijalankan bank pusat berkenaan.   
 
Ujar Daim yang dipanggil sebagai saksi ke-23 prosiding hari ini, tiada siapa daripada BNM memberi apa-apa maklumat terhadap urus niaga tersebut. 
 
"Sewaktu saya bertugas sebagai Menteri Kewangan dari tempoh Julai 1984 sehingga Mac 1991, saya tidak tahu Bank Negara Malaysia terlibat dalam urus niaga mata wang asing (forex) pada ketika itu. 
 
"Saya tidak mengetahui atau diberitahu mengenai bentuk urus niaga mata wang asing yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1984 hingga 1990," katanya kepada panel RCI. 
 
Tambah Daim, beliau tidak mendapat maklumat mengenai segala kerugian yang ditanggung BNM semasa urus niaga tersebut dilakukan. 
 
Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek kemudian menyatakan, adalah pelik bagi seorang Menteri Kewangan tidak tahu menahu mengenai apa yang sedang berlaku di BNM.
 
Ujarnya, ia merupakan 'kewajiban' bagi Daim sebagai menteri kewangan untuk mengetahui apa yang berlaku di BNM.
 
Bagaimanapun Daim tegas mempertahankan bahawa beliau sememangnya tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak.  
 
"Jika mereka memilih untuk tidak memberitahu saya, apa yang boleh saya lakukan? Bank-bank pusat di seluruh dunia, Amerika Syarikat, Australia, juga bebas. Kami tidak mempersoalkan, mereka membuat keputusan, kami tidak campur tangan. Peranan mereka adalah untuk memberitahu saya. Jika mereka tidak memaklumkan kepada saya, bagaimana saya tahu," katanya.
 
Daim menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1984 hingga 1991.
 
Dalam pada itu jelas Daim, beliau kali pertama mengetahui mengenai kerugian BNM adalah menerusi maklumat yang dinyatakan dalam halaman 12 (Jadual 6 Ringkasan Kerugian Keuntungan Pertukaran Asing) Rawatan Perakaunan Kerugian yang timbul daripada Pengurusan Rizab Aktif 1988-1994 bertarikh 18 April 2007.
 
Daim juga gagal memberitahu RCI siapa yang bertanggungjawab melaksanakan forex transaksi di Bank Negara Malaysia pada tahun 1984 hingga 1991.
 
Prosiding berehat dan akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi petang. 




Demikianlah Artikel Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing

Sekianlah artikel Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daim dakwa tak tahu BNM terlibat urus niaga mata wang asing dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/daim-dakwa-tak-tahu-bnm-terlibat-urus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :