Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu

Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu
link : Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu

Baca juga


Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu

MALAYSAKINI


Data pengguna untuk khidmat media sosial popular Instagram telah dibocorkan dan dijual di atas talian dengan harga AS$10 (RM42.70) setiap satu, menurut laporan laman berita teknologi Ars Technica hari ini.

Portal berita itu berkata mereka telah dihubungi berkaitan kewujudan sebuah laman web oleh seseorang yang mendakwa telah mengumpulkan data enam juta pengguna Instagram dan telah menyusunnya ke dalam bentuk pangkalan data yang boleh dicari.

Laman tersebut menawarkan carian untuk AS$ setiap satu dan operator laman itu telah menyediakan Ars Technica dengan sampel data 10,000 pengguna.

Dengan kerjasama pengkaji keselamatan Troy Hunt, Ars Technica berkata hampir pasti data tersebut memang betul.

"Tidak ada yang dapat menolak data ini. Kemungkinannya ia telah dikumpul daripada sumber-sumber lain, tetapi setiap petunjuk menyatakan ia sah ada," Hunt dipetik sebagai berkata.

Kesahihan data

Laporan itu menyebut daripada 10,000 sampel yang direkod, 9,911 mengandungi sama ada nombor telefon atau alamat emel; 5,341 termasuk nombor telefon, dan 4,341 mengandungi nombor telefon dan emel.

"Beberapa pengguna dalam pangkalan data itu memiliki jutaan pengikut," kata laporan itu.

Laporan itu berkata orang yang membuat laman web tersebut mendakwa mengetahui kelemahan sistem Instagram melalui perbincangan dalam talian dan sangat pasti ada pihak lain yang mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

“Katakanlah angka enam juta itu memang sahih dan 10,000 sampel itu menjadi buktinya, jutaan alamat emel dan nombor telefon sekarang terbuka untuk dijual dan lebih banyak data lagi berada dalam genggaman penggodam.

"Sehinggalah syarikat ini membuat kenyataan, para pengguna Instagram perlu tahu kemungkinan alamat emel dan nombor telefon yang berkait dengan akaunnya sekarang telah dapat diketahui umum. Berita ini akan dikemaskini sehinggalah maklumat baru dapat ditemui," kata laporan itu lagi.

Instagram sedang siasat

Laporan itu turut memetik para pegawai syarikat Instagram yang berkata mereka sedar kewujudan dakwaan tersebut dan sedang menyiasatnya.

Awal hari ini, Ars Technica melaporkan penyedia perisian anti virus Karpersky Lab telah menemukan penggodam mengiklankan maklumat peribadi selebriti terkenal dalam forum atas talian Internet.

Bagaimanapun, dipercayai pada waktu ini hanya sekumpulan kecil orang yang telah terjejas kerana kelemahan sistem itu memerlukan ramai pekerja untuk mengekploitasikannya.

Pihak Instagram akan memberikan maklum balas termasuklah perihal maklumat pengguna yang disasarkan.

Instagram dilaporkan telah memberi komen berhubung laporan terdahulu yang berkata ia sedar paling kurang ada seorang yang sedang giat mengeksploitasi kelemahan ini.

"Perhatian kami terhadap keselamatan komuniti kami. Pada peringkat ini kami percaya usaha ini disasarkan kepada para pengguna dengan profil tinggi, jadi sebagai langkah-langkah pencegahan, kami sedang memberitahu pemegang akaun kami berhubung isu ini.

"Seperti selali, kami menggalakkan orang ramai untuk berwaspada dengan keselamatan akaun anda dan berhati-hati jika anda menemukan sebarang kegiatan yang mencurigakan seperti panggilan masuk atau emel dari nombor dan alamat yang tidak dikenali," laporan tersebut memetik kenyataan Instagram.

Instagram ialah khidmat media sosial yang digunakan terutamanya untuk berkongsi gambar dan video pendek.

Ia dimiliki gergasi media sosial Facebook.

Bulan April lalu, Instagram mengumumkan ia memiliki 700 juta pengguna.




Demikianlah Artikel Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu

Sekianlah artikel Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Data pengguna Instagram bocor, dijual AS$10 setiap satu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/data-pengguna-instagram-bocor-dijual.html

Subscribe to receive free email updates: