Judul : Di Sweden, seorang pelarian Malaysia ‘merdeka’ dari ancaman
link : Di Sweden, seorang pelarian Malaysia ‘merdeka’ dari ancaman
Di Sweden, seorang pelarian Malaysia ‘merdeka’ dari ancaman
Aktivis Ali Abdul Jalil melarikan diri selepas mendakwa menerima ancaman kerana catatan dianggap menghina raja-raja.
PETALING JAYA: Jarak lebih 9,000km memisahkan Malaysia dan Sweden, namun perasaan cinta terhadap tanah air masih tersemat di hati Ali Abdul Jalil, yang melarikan diri ke negara sejuk beku itu selepas didakwa menghina kerabat raja dan sultan.
Tiga tahun berlalu, Ali yang kini sedang mengaji di Stockholm masih mempunyai harapan untuk Malaysia, yang masih dianggap negaranya.
Bagi Ali, prestasi yang ditunjukkan kerajaan haruslah seiring dengan kemerdekaan yang dikecapi.
“Kita menyambut 60 tahun kemerdekaan. Ia pencapaian yang boleh dibanggakan apabila ekonomi dan infrastruktur negara semakin maju ke hadapan.
“Cumanya, kita harus betulkan kepimpinan dalam kerajaan, polis dan institusi kehakiman. Ia kini tercemar dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada FMT.
Tiga tahun lalu Ali melarikan diri ke Sweden dan memohon suaka politik selepas mendakwa menerima ancaman kerana catatan Facebook yang dianggap menghina pemerintahan beraja di Malaysia.
Ali berdepan 3 tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 atas dakwaan menghina kerabat Johor dan Sultan Selangor dan membuat kenyataan menghasut terhadap Sultan Selangor.
Beliau memberitahu tidak menyesal dengan tindakannya, dan menganggap apa yang dilaluinya “membuatkan saya lebih berani”.
Sebaliknya, Ali teruja dengan kelainan suasana politik di Sweden.
“Di sini, ilmu dan pengalaman diutamakan. Jika kita lihat bagaimana orang Eropah bercakap soal politik, mereka lebih kepada idea dan masa depan yang lebih baik.
“Bukannya bercakap soal individu yang hendak mencari publisiti murahan atau sekadar ceramah yang cuma mengutuk parti lawan, sedangkan idea untuk pembaharuan langsung tidak ada,” katanya.
Kehidupan sehariannya banyak dihabiskan dengan menelaah pelbagai jenis buku dan bertemu aktivis dari pelbagai negara.
“Kami bertukar-tukar idea dan pengalaman. Kami belajar dari realiti untuk memperbetulkan keadaan supaya dunia menjadi lebih baik, orang miskin dibela.”
Meskipun Sweden memberikan kebebasan dan perlindungan kepadanya, Ali tetap merindui negara sendiri.
“Saya sangat bangga dengan keluarga dan kawan-kawan kerana mereka banyak membantu saya dan sentiasa berikan semangat.
“Hidup di luar negara memang banyak pahit dan manisnya, tetapi perkara yang paling saya kenangkan di Malaysia adalah makanan-makanan lazat,” katanya.
Demikianlah Artikel Di Sweden, seorang pelarian Malaysia ‘merdeka’ dari ancaman
Sekianlah artikel Di Sweden, seorang pelarian Malaysia ‘merdeka’ dari ancaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Di Sweden, seorang pelarian Malaysia ‘merdeka’ dari ancaman dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/di-sweden-seorang-pelarian-malaysia.html