Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’

Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’
link : Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’

Baca juga


Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’

 
Pemilik Hab Laundy Empire di Perlis mahu mengekalkan konsep 'konsep komuniti Islam' dan sedang memikirkan sama ada akan menerima pakaian bukan Islam.


dobi-muslim

PETALING JAYA: Dobi layan diri Hab Laundy Empire di Kangar menutup papan tanda “khusus untuk orang Muslim sahaja” selepas ditegur kerajaan negeri dan mufti Perlis.

Bagaimanapun, pemilik dobi “konsep dobi Islam” itu, Shalihuddin Naharuddin, 36, masih sedang memikirkan sama ada akan menerima pakaian orang bukan Islam.

Shalihuddin menjelaskan beliau cuma mahu mengekalkan “konsep komuniti Islam” tanpa niat mendiskriminasikan agama atau kaum lain, dan berharap akan dapat mencapai penyelesaian “menang-menang” untuk menjaga hati semua pihak.

“Walaupun demikian, bukanlah kita tidak membenarkan orang bukan Islam datang. Mereka masih boleh datang jika mereka mahu berehat di kedai dobi kami,” kata Shalihuddin ketika dihubungi FMT.

Beliau menjelaskan kedai dobinya menyediakan ruang untuk orang berehat atau buat kerja sekolah sambil menunggu pakaian dibasuh, serta ruang melihat baju tertutup dan surau.

“Jika orang bukan Islam datang ke kedai kami, kami akan mencadangkan mereka pergi ke dobi berdekatan yang terletak kira-kira 400 meter dari sini.”

Beliau berkata idea konsep Islam muncul selepas membuat tinjauan ke atas orang Islam di kawasan itu sama ada mereka mahu perkhidmatan “mesra orang Islam” dan majoriti bersetuju.

Beliau menambah, konsep itu hanya untuk pemasaran sahaja kerana belum ada pihak lain membawa konsep Islam sahaja.

Sebelum ini, pemilik sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang menjadi perhatian kerana menawarkan perkhidmatan kepada orang Islam sahaja, memohon maaf dan bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua orang.

Beliau memohon maaf selepas ditegur Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mencadangkan pemilik kedai dobi itu membuka perniagaan di Afghanistan jika mahu mengamalkan dasar perniagaan “Islam sahaja”.

Sultan Ibrahim mengarahkan pemilik kedai dobi itu memohon maaf atau berdepan tindakan.

 “Dia membuat rakyat Johor marah dan berasa malu kerana ini bukan Johor yang kita mahu,” kata Sultan Ibrahim dipetik The Star.



Demikianlah Artikel Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’

Sekianlah artikel Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dobi ‘konsep Islam’ di Kangar tutup papan tanda, mahu situasi ‘menang-menang’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/dobi-konsep-islam-di-kangar-tutup-papan.html

Subscribe to receive free email updates: