Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara

Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara
link : Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara

Baca juga


Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan serangan bom petrol di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Petaling Jaya petang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan di Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang semalam.

“Mahkamah Petaling Jaya telah membenarkan permohonan perintah tahanan reman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30-an cedera dalam serangan kira-kira 4.15 petang itu setelah satu daripada dua bom petrol atau ‘molotov cocktail’ yang dibaling di hadapan kaunter bar kelab malam itu meletup.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zani berkata pihaknya turut menahan dua beradik lelaki yang dipercayai menumbuk dan menyamun seorang wanita warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan SS 9/7, Sungai Way di Petaling Jaya 9.30 malam tadi.

Mohd Zani berkata wanita yang berjalan bersendirian itu secara tiba-tiba ditumbuk di bahagian muka manakala seorang lagi suspek merampas telefon bimbit milik mangsa.

Seorang daripada suspek ditangkap orang awam di tempat kejadian setelah mangsa menjerit dan meminta tolong manakala saudaranya ditangkap di Jalan SS 9A/9, Seri Setia pada pukul 11.15 malam.

“Polis turut merampas satu unit telefon bimbit Samsung Galaxy J daripada suspek. Kedua-dua beradik berusia 23 dan 25 tahun yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 23 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana menyebabkan kecederaan.– Bernama



Demikianlah Artikel Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara

Sekianlah artikel Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua lelaki ditahan bantu siasatan serangan bom petrol di Kota Damansara dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/dua-lelaki-ditahan-bantu-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates: