Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik
link : Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Baca juga


Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Gadis ini pernah menjadi mangsa buli dan sering diejek rakan-rakan sehingga pernah digelar sebagai ‘monster’ (raksasa).

Keluarganya saban hari terpaksa menyaksikan drama air matanya setiap kali pulang ke rumah selepas sekolah kerana tidak tahan dengan ejekan itu.

Tekanan itu disebabkan Evita Patcey Edgar Delmundo yang dilahirkan mempunyai tanda seperti tahi lalat dalam pelbagai saiz dan bentuk dan ia memenuhi hampir seluruh wajah dan badannya.

Namun siapa sangka tuah gadis berusia 20 tahun ini apabila disenaraikan dalam saringan 50 peserta awal bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018.


Evita yang berasal dari Kudat, Sabah ini terkejut apabila mendapat tahu berita gembira itu pada Jumaat lalu menerusi laman sosial rasmi pertandingan itu.

“Saya benar-benar tidak sangka disenaraikan sebagai 50 peserta awal. Ternyata keyakinan saya untuk menghadiri uji bakat pada Julai lalu berhasil.

“Saya akui dulu pernah menjadi mangsa buli oleh mereka yang menganggap tanda tahi lalat ini sebagai satu kecacatan, tapi lama-kelamaan saya semakin memahami diri sehingga menjadi lebih yakin seperti sekarang,” katanya kepada mStar Online.


Anak kedua daripada lima beradik ini berkata, keyakinan mulai timbul selepas mendapat sokongan keluarga termasuk mereka di sekeliling yang masih menaruh kepercayaan pada dirinya.

Dia juga seharusnya lebih bersyukur kerana masih ada individu lain yang kurang bernasib baik dilahirkan tidak cukup sifat fizikal.

Maka tidak hairanlah langkah pertamanya untuk menghadiri uji bakat bagi menyertai pertandingan ratu cantik berprestij itu kerana mahu menjadi contoh masyarakat terutama mereka yang kurang yakin terhadap penampilan dan kekurangan diri.

Malah kehadirannya dalam uji bakat itu turut membuka mata banyak pihak termasuk yang memberi tawaran kepadanya sebagai model sambilan.


Evita yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru tadika dan pakar motivasi kini menunggu peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam bidang pendidikan dan kaunseling.

Mengenai senarai 50 peserta awal, Evita yang meminati penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi antarabangsa Adele berkata, dia akui gementar kerana bakal menghadapi cabaran berhadapan gadis-gadis cantik lain.

Namun keyakinan dan semangat kuat pada dirinya tidak mematahkan semangat untuk terus mencapai matlamat dalam menonjolkan keunikan dan kebolehan diri.

“Saya mahu tunjukkan bahawa kesempurnaan itu bukan kecantikan semata-mata tetapi keunikan itulah yang menyerlahkan lagi kecantikan seseorang.

“Saya berharap agar diberikan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya bagi membuktikan diri saya juga boleh menjadi seperti mereka yang lain,” katanya yang berbakat menyanyi dan bermain gitar.


Demikianlah Artikel Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Sekianlah artikel Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/dulu-monster-kini-calon-ratu-cantik.html

Subscribe to receive free email updates: