Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding

Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding
link : Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding

Baca juga


Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding

 
Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru dan juga warden di pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam kebakaran awal pagi tadi di sekolah tahfiz Darul Ittifaqiah.


Noor-Fatihah

KUALA LUMPUR: Tiada lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami dinikahinya Mei lepas dan baru bersanding minggu lalu pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi tadi.

Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru dan juga warden di pusat tahfiz berkenaan.
Bagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.

Beliau menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, ibu saudara, Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, berkata pemergiannya amat memberi kesan terhadap keluarganya.

“Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat dirasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul adalah ketika majlis persandingannya di Kelantan minggu lepas,” kata beliau.

Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Dia akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata pada kebiasaannya, arwah akan menghubungi Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan setiap hari.

“Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab,” katanya.

Insiden yang berlaku di bangunan 3 tingkat itu meragut nyawa 21 pelajar dan 2 guru di pusat tahfiz terbabit.



Demikianlah Artikel Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding

Sekianlah artikel Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru pusat tahfiz terkorban selepas seminggu bersanding dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/guru-pusat-tahfiz-terkorban-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :