Judul : Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno
link : Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno
Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno
ARIF ATANKetua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin (gambar kiri di bawah) berpendapat Presiden Pas tidak bertaubat atas kenyataan yang diluahkan pada 36 tahun lalu yang kemudiannya dikenali sebagai Amanat Haji Hadi.
Sebaliknya, kata beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang itu dilihat hanya 'bertaubat' daripada mengkafirkan Umno.
"Dia tidak bertaubat daripada takfir (menghukum seseorang Muslim dengan kekufuran), cuma dia bertaubat daripada mentakfirkan Umno saja.
"Amalan takfir itu masih ada lagi," tegasnya dalam program The Usrah Show anjuran Invoke Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, pendirian Abdul Hadi menerusi ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 itu menerima tempias daripada pemikiran anggota utama Ikhwanul Muslimin Mesir, Sayyid Qutb yang meninggal dunia pada 1966.
"Saya nampak memang pengaruh pemikiran Sayyid Qutb. Amanat Haji Hadi dipengaruhi pemikiran Sayyid Qutb yang lebih bersifat menghukum antaranya menuduh orang kafir.
"Golongan teroris (pengganas) hari ini juga terpengaruh dengan pemikiran Sayyid Qutb.
"Paling bahaya apabila Haji Hadi menyebut, 'Kita tidak perlu masuk Buddha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk Kristian tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku’," ujar pendakwah yang pernah melanjutkan pengajian di Karachi, Pakistan itu.
"Amanat Haji Hadi tidak jauh beza dengan apa yang pernah dibahas oleh Syed Qutb tentang konsep masyarakat iaitu apabila satu masyarakat itu mesti masyarakat Islam dan lawannya adalah kafir sehingga berkembang sikap kafir-mengkafirkan," jelasnya.
Syed Qutb adalah penulis Mesir dan anggota utama Ikhwanul Muslimin pada era 50-an sebelum meninggal dunia di Mesir pada usia 59 tahun.
Mengulas lanjut, Wan Ji berpandangan implikasi takfiri tercetus apabila ayat-ayat al-Quran yang sebenarnya jauh memiliki perspektif lebih luas telah dimanipulasi dalam kerangka sempit politik.
"Tindakan mempolitikkan ayat-ayat Quran itulah datangnya implikasi takfiri. Masalah ini berlaku di Mesir.
"Serupalah dalam Amanat Haji Hadi. Dia takfirkan pada kawan-kawannya dahulu yang kini di Parti AMANAH," tegasnya lagi dalam forum yang dimoderatorkan Setiausaha Pengelola AMK, Ahmad Syukri Abd Razab.
Demikianlah Artikel Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno
Sekianlah artikel Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi hanya 'bertaubat' kafirkan Umno dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/hadi-hanya-bertaubat-kafirkan-umno.html