Judul : Kementerian Kesihatan kaji keperluan pemasangan kamera 'dashboard' pada ambulans
link : Kementerian Kesihatan kaji keperluan pemasangan kamera 'dashboard' pada ambulans
Kementerian Kesihatan kaji keperluan pemasangan kamera 'dashboard' pada ambulans
ANTARAPOSMELAKA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji keperluan pemasangan kamera papan pemuka (dashboard camera) pada ambulans bagi merakam tindakan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab menghalang laluan ambulans.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr S. Jeyaindran berkata inisiatif itu diambil berikutan tindakan segelintir pemandu yang bersikap mementingkan diri menyebabkan petugas kesihatan lewat sampai ke lokasi bagi memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.
Selain itu, pemasangan kamera tersebut dijangka meningkatkan kecekapan pasukan keselamatan yang bukan hanya merakam kesalahan memandu melebihi had laju bahkan kesalahan lain di jalan raya oleh pengguna lain.
"Kita sudah melakukan percubaan pemasangan 'dashboard camera' ini pada ambulans di kawasan Lembah Klang selama setahun dan kita dapati banyak kebaikannya.
"Bagaimanapun, kita perlu melakukan kajian (menyeluruh) termasuk kos yang perlu diperuntukkan sekiranya pemasangan 'dashboard camera' ini dilaksanakan pada semua ambulans di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar 'Paramedic Emergency Update Melaka' (iPremium) 2017 di Rumah Media Melaka di sini semalam.
Dr Jeyaindran berkata pihaknya kini dalam usaha menambah 400 buah kamera yang mempunyai spesifikasi tinggi untuk diagihkan di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh dua tahun.
"Selain itu, kita juga bercadang untuk menempatkan ambulans di luar kawasan hospital termasuk plaza tol, surau dan kedai serbaneka bagi memberi tumpuan kepada kawasan yang sering berlaku kemalangan sekali gus mempercepat 'response time'," katanya.
Beliau berkata hampir 30 peratus ambulans kini berada di dalam bengkel, dan oleh itu timbul keperluan untuk menambah ambulans baharu yang berharga RM400,000 setiap satu bagi menampung keperluan semasa.
Demikianlah Artikel Kementerian Kesihatan kaji keperluan pemasangan kamera 'dashboard' pada ambulans
Sekianlah artikel Kementerian Kesihatan kaji keperluan pemasangan kamera 'dashboard' pada ambulans kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kesihatan kaji keperluan pemasangan kamera 'dashboard' pada ambulans dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kementerian-kesihatan-kaji-keperluan.html