Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR?

Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR?
link : Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR?

Baca juga


Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR?

Khairul Amir

Tun M


SEWAKTU PKR dalam keadaan terumbang-ambing akibat konflik dalaman parti, kritikan terbuka Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap warkah dari penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan Mahathir itu ternyata telah mengundang tindak balas daripada Blue Eye Boy Anwar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kemudiannya membidas kritikan Mahathir.

Azmin memaklumkan perkara itu sepatutnya tidak dibicarakan secara terbuka di hadapan media.

Menteri Besar Selangor itu yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan mengingatkan Mahathir tentang siapa Anwar di dalam Pakatan Harapan.

Sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar mempunyai hak untuk bersuara dan memberi pandangannya terhadap parti dalam Pakatan Harapan.

Apa yang menariknya di sini, dalam keadaan PKR hari ini hampir karam kerana ‘kapal’ mereka telah terbelah dua, tiba-tiba Mahathir muncul di pertengahan jalan dengan melontarkan satu kritikan secara terbuka yang pedas.

Kritikan itu juga sekali gus menjatuhkan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum PKR.

Mahathir memaklumkan, perbezaan pendapat Anwar berhubung kedudukan PAS telah menimbulkan masalah kepada Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menjelaskan, PKR yang merupakan sebahagian komponen dalam pakatan itu sepatutnya menghentikan sebarang rundingan dengan PAS, selaras dengan keputusan bersama yang dipersetujui gabungan pembangkang itu.

Adakah kehadiran Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertujuan untuk melemahkan PKR dari peringkat kepimpinan sehingga ke akar umbi?

Apakah hubungan Mahathir dan Anwar masih dalam keadaan perang dingin dan sebenarnya saling tikam menikam?

Apakah kedua-dua mereka hanya berlakon mesra seolah-olah tidak apa yang berlaku antara mereka untuk mengaburi mata rakyat?

Jika dilihat, modus operandi sama dilakukan Mahathir terhadap dua penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kritikan terhadap Anwar adalah kritikan sama dilakukan Mahathir untuk menggulingkan Abdullah dan Najib bagi mendesak untuk melepaskan jawatan.

Adakah Mahathir tidak senang apabila jawatan Anwar lebih tinggi daripadanya dalam Pakatan Harapan?

Atas faktor itu, Mahathir mahu menjatuhkan Anwar dan beliau mahu berkuasa sepenuhnya di dalam Pakatan Harapan?

Jika faktor itu benar, adakah DAP akan membenarkan perkara itu berlaku?

Sudah tentu tidak, ini kerana pimpinan DAP dilihat lebih mempercayai Anwar berbanding Mahathir sendiri.

Penerimaan Mahathir dan PPBM dalam Pakatan Harapan adalah demi memastikan sokongan kaum Melayu berpihak kepada pakatan itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hal ini sekali gus memperlihatkan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya masih lemah dan tidak mampu membentuk sebuah gagasan untuk mentadbir negara.

Apa akan jadi pada negara jika kita memberikan mereka mandat?

Mereka pasti akan terus menerus bertelagah sesama sendiri dalam soal-soal pokok negara bangsa, pembahagian kuasa dan paling penting pentadbiran negara.

Apakah jaminan segala konflik dalaman dan pertelagahan sesama sendiri dapat diselesaikan jika mereka diberikan kuasa?

Rakyat perlu berfikir secara rasional dalam memberikan mandat kepada mana-mana parti politik untuk mentadbir negara.

Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 13 parti di dalamnya jelas mewakili semua kaum di negara ini masih berada di dalam keadaan stabil dan cemerlang berkhidmat untuk rakyat sejak lepas kemerdekaan sehingga kini.

Pakatan Harapan pula diketahui umum hanya ada lima parti sahaja, namun konflik antara mereka sentiasa berlaku dan tidak pernah selesai sehingga ke hari ini.

Berdasarkan perbandingan semudah itu, rakyat pastinya dapat menilai gabungan parti politik manakah yang lebih diyakini untuk mentadbir negara ini.

Kira-kiranya mudah sahaja sebenarnya.




Demikianlah Artikel Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR?

Sekianlah artikel Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Tun M Mahu Melemahkan PKR? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kenapa-tun-m-mahu-melemahkan-pkr_17.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :