Judul : KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’
link : KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’
KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’
Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang melampau dan tidak beradab.
IPOH: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang menggelarnya ‘monyet’ dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melampau dan tidak beradab.
Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.
“Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.
“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir di Pejabat SPRM Perak hari ini.
Satu portal berita hari ini melaporkan, Lim membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.
Lim dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia.
Demikianlah Artikel KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’
Sekianlah artikel KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KP SPRM bidas Kit Siang kerana kenyataan ‘monyet’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kp-sprm-bidas-kit-siang-kerana.html