Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat

Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat
link : Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat

Baca juga


Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat

 
Beberapa jam selepas kemalangan itu, Justinian Tan dihantar ke Hospital Besar Singapura untuk rawatan, tetapi beliau diisytiharkan mati otak pada Isnin kerana terlalu banyak masa dibazirkan.


justinian-tan2

PETALING JAYA: Seorang warga Singapura yang menjadi mangsa langgar lari di Johor Bahru, meninggal dunia selepas Hospital Sultanah Aminah menangguhkan rawatan sehingga mendapat bayaran tunai.

Justinian Tan, 25, bersama 5 rakannya ketika kemalangan itu berlaku Jumaat lalu.

Media melaporkan mereka baru selesai makan lewat malam dan berjalan ke kereta kira-kira jam 3 pagi, apabila sebuah Proton Saga merempuh kumpulan pemuda itu, sebelum melarikan diri.

Tan dan Brandon Yeo, 24, dilanggar kereta itu. The Independent melaporkan Tan yang tidak sedarkan diri, kemudiannya didapati menggigil, batuk berdarah dan sukar bernafas.

Rakan Tan yang dipetik portal berita itu berkata, pihak berkuasa lambat bertindak, dengan ambulans hanya tiba 30 minit kemudian, walaupun jarak tempat kejadian dengan hospital hanya 5km atau 9 minit perjalanan, berdasarkan kiraan Google Maps.

Tan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, tetapi dimaklumkan imbasan perubatan awal hanya boleh dilakukan selepas mendapat bayaran tunai.

Seorang daripada 6 rakan itu yang bernama Joshua dilaporkan berkata, mereka diminta membayar RM1,350 untuk setiap mangsa sebelum tindakan lanjut boleh diambil.



Demikianlah Artikel Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat

Sekianlah artikel Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/lelaki-singapura-maut-selepas-hospital.html

Subscribe to receive free email updates: