Judul : Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017
link : Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017
Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017
ANTARAPOSSHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerima keputusan pembatalan Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan pada Oktober depan selepas mesyuarat kabinet hari ini.
Beliau dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa keputusan pembatalan yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mengambil kira faktor keselamatan.
"Jika ia adalah kerana sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya. Tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tak mengecewakan saya," kata Liow, menurut Kwong Wah Daily.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan memberitahu pesta itu tidak menjadi masalah jika ia tidak diadakan di tempat awam.
Pesta arak itu merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan minuman keras. Ia diadakan di Kuala Lumpur semenjak 2011.
PAS bagaimanapun membantah penganjuran pesta itu malah mendakwa ia boleh mengundang kepada ancaman pengganas.
Demikianlah Artikel Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017
Sekianlah artikel Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/liow-hormat-keputusan-kerajaan-batal.html