MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal

MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal
link : MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal

Baca juga


MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
LANGKAWI: Paras air di beberapa empangan utama seluruh Kedah berada dalam keadaan terkawal walaupun hujan berterusan sejak awal pagi semalam di kawasan utara semenanjung Malaysia.
 
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dalam kenyataannya malam tadi, berkata paras air di Empangan Pedu kini berada pada paras 92.93 meter (75.59%), Empangan Muda pada paras 98.51 meter (78.80%) dan Empangan Ahning dicatatkan pada paras 105.24 meter (69.66%).
 
"Sehingga jam 7.00 malam tadi, tiada kejadian banjir yang serius dilaporkan di Kawasan Muda. Walau bagaimanapun pihak MADA telah mengambil tindakan awalan menyalurkan semua lebihan air ke laut dengan membuka semua pintu-pintu kawalan pasang surut," menurut kenyataan itu.
 
Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp bahawa Empangan Pedu telah berada pada paras bahaya semalam.
 
MADA turut menjalankan pemantauan berterusan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menguruskan lebihan air.
 
Sementara itu, enam pusat pemindahan di tiga daerah di Kedah sudah dibuka setakat pukul 10 malam tadi bagi menempatkan 415 mangsa banjir kilat daripada 106 keluarga.
 
Pusat pemindahan itu masing-masing dua di daerah Kuala Muda, Langkawi dan Bandar Baharu.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pusat pemindahan di Kuala Muda iaitu Dewan Kampung Tengah dan Surau Kampung Tengah masing-masing menempatkan 14 dan 200 mangsa.
 
Manakala di Bandar Baharu, pusat pemindahan Dewan Kampung Majidee menempatkan 10 mangsa, manakala Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu sebanyak 74 mangsa.
 
Di Langkawi, seramai 82 mangsa ditempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang dan 35 lagi di Dewan Kampung Raja.
 
Hujan berterusan sejak malam semalam mengakibatkan lebih 600 mangsa dari kira-kira 150 keluarga terjejas akibat banjir kilat hari ini.
 
 


Demikianlah Artikel MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal

Sekianlah artikel MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MADA: Paras air empangan utama di Kedah terkawal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mada-paras-air-empangan-utama-di-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :