Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini

Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini
link : Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini

Baca juga


Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Malaysia dijangka bebas fenomena El Nino dan La Nina tahun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata bacaan suhu permukaan Lautan Pasifik pada julat normal iaitu kira-kira 0.5 darjah celsius menunjukkan tiada tanda-tanda fenomena El Nino iaitu cuaca panas melampau dan La Nina yang akan membawa hujan lebat luar biasa akan berlaku.

Katanya berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara dijangka menerima jumlah hujan yang normal bagi tempoh September dan Oktober tahun ini selain tiada suhu panas luar biasa serta tiada kemarau dan jerebu teruk dijangka berlaku.

“Ramalan MetMalaysia amat tepat sejak tahun lepas sehingga kini. Saya yakin dengan ramalan ini, insya-Allah, negara kita tidak mengalami kesan-kesan fenomena El Nina dan La Nina yang teruk pada tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2017 di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata mesyuarat itu bersetuju pemantauan rapi ke atas kawasan-kawasan tanah gambut yang sering terbakar dilakukan melalui pengaktifan Prosedur Tetap Operasi Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan membuat kajian menyeluruh pembinaan sekatan saliran dan telaga tiub air tanah untuk menangani pencemaran jerebu melalui pengurusan tanah gambut.

Beliau berkata pembinaan sekatan saliran di kawasan tanah gambut adalah untuk mengurangkan aliran keluar air dalam saliran atau parit serta meningkat dan mengekalkan paras air di kawasan tanah gambut bagi mengurangkan risiko kebakaran serta menakung air bagi pemadaman kebakaran.

Telaga tiub tanah pula merupakan satu sistem bekalan sumber air tanah yang digunakan untuk mengepam air ke dalam perparitan kawasan tanah gambut apabila diperlukan supaya paras air berada pada kedalaman yang sesuai dan tanah gambut tidak menjadi kering dan mudah terbakar, katanya.

“Pengepaman air tanah daripada telaga tiub tanah ini akan diaktifkan apabila berlakunya kebakaran tanah gambut atau penurunan paras air dalam lapisan tanah gambut,” katanya.

Sehingga akhir tahun lepas, sebanyak 236 buah sekatan saliran dan 67 buah telaga tiub telah dibina di Johor, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu, katanya.

Wan Junaidi berkata sebanyak 918 kes pembakaran terbuka telah dikesan di seluruh negara dalam dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar, beliau berkata sebanyak 64 kes pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan, kawasan pertanian (142), kawasan industri (20), tapak pembinaan (36), tapak pelupusan sampah (61), kawasan belukar (90) dan lain-lain pembakaran kecil (504 kes).

Bagi tindakan penguatkuasaan untuk tempoh yang sama, sebanyak 149 kes pembakaran terbuka dikenakan tindakan kompaun, lapan kes dikeluarkan Notis Arahan dan 17 kes dikeluarkan Surat Arahan, katanya.–Bernama



Demikianlah Artikel Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini

Sekianlah artikel Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia bebas El Nino dan La Nina tahun ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/malaysia-bebas-el-nino-dan-la-nina.html

Subscribe to receive free email updates: