Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?

Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?
link : Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?

Baca juga


Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?

 
Bagaimanapun penganalisis-penganalisis politik berpandangan mimpi ngeri Kit Siang itu tidak mungkin akan berlaku.


Kit Siang fears a darker and less tolerant society under the two most dominant Malay parties.


PETALING JAYA: Di sebalik cakap-cakap Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) wujud tanggapan Malaysia kemungkinan berhadapan dengan masa depan yang suram sekiranya hubungan mesra PAS-Umno pada masa sekarang berakhir dengan kerajaan campuran kelak.

Itulah masa depan yang diramalkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, yang turut bimbang bakal lahir masyarakat lebih malap dan kurang bertoleransi di bawah pentadbiran kedua-dua parti Melayu yang paling dominan.

Bagaimanapun penganalisis-penganalisis berpandangan mimpi ngeri Kit Siang itu tidak mungkin akan berlaku.

Berdasarkan kenyataan dibuat pemimpin PAS baru-baru ini, Kit Siang merumuskan pentadbiran bersama kedua-dua parti terbabit “akan menafikan dan bertentangan dengan prinsip-prinsip Malaysia yang telah dibina.”

“Saya fikir apa yang PAS mahu sangat jelas. Oleh itu, kita tidak lagi dianggap sebagai negara yang sederhana.

“Dan negara akan berhadapan dengan pelanggaran prinsip-prinsip pengasas negara kita. Kita akan bergerak ke arah lebih tidak bertoleransi, kekaburan, ketidakpercayaan dan perpecahan.

“Semua ini di atas kleptokrasi yang lebih besar. Jadi, kita akan melihat perubahan negatif dari semua aspek: ekonomi, sosial dan proses pembinaan negara,” kata beliau kepada FMT.

Kit Siang tidak bersendirian dalam pendiriannya. Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, yang kini bersama DAP, mengemukakan gambaran yang lebih malap di mana beliau menyamakan PAS dan pemimpin Umno dengan pemerintahan ala Taliban.

zaid
Datuk Zaid Ibrahim.

Mengulangi kepercayaannya, Zaid memberitahu FMT, pentadbiran Umno-PAS masih pada dasarnya akan menjadi kerajaan Umno, “dengan Islam konservatif yang tegar.”

“Ciri yang sama dalam tadbir urus yang buruk, salah urus dan akauntabiliti sifar akan diteruskan. Undang-undang yang ketat – baik awam mahupun Islam – akan dilaksanakan, dan penghijrahan rakyat Malaysia ke tempat lain akan meningkat dengan ketara.

“Bagi umat Islam yang lebih sederhana dan liberal, mereka secara senyap-senyap akan hilang kerana takut akan pendakwaan dan ugutan.”

Adakah ketakutan sedemikian munasabah?

Pentadbiran PAS-Umno abad ke-21 sama sekali tidak dapat dibayangkan. Ia bukan yang pertama.
Kembali kepada era 1973, Presiden PAS ketika itu Datuk Asri Muda telah bergabung dengan BN dan, pada hakikatnya, membawa parti itu ke dalam gabungan pemerintah. PAS bertanding pada pilihan raya umum 1974 di bawah bendera BN.

Akibatnya, Asri telah dijadikan menteri dalam Kabinet ketika perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein. Beberapa pemimpin PAS juga diberi pelbagai jawatan dalam kerajaan.

Tetapi persekutuan itu berakhir hampir sebaik sahaja ia bermula.

Pada tahun 1977, selepas konflik dengan menteri besar Kelantan yang dipilih oleh Umno, Mohamed Nasir, Asri membawa PAS keluar dari BN.

kamarul
Kamarul Zaman Yusoff.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff menyatakan pandangan yang bertentangan dengan yang dipegang oleh Kit Siang dan Zaid.

Beliau berkata, pertama sekali, tidak ada “petunjuk jelas” bahawa PAS dan Umno akan bergabung kembali.

“Unjuran ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya berlaku kebuntuan antara Pakatan Harapan dan BN (dalam pilihan raya umum), dengan PAS memainkan peranan sebagai penentu,” kata beliau kepada FMT.

“Dalam keadaan ini, semua dalam BN perlu bersetuju dengan beberapa bentuk pentadbiran dengan PAS.

“Tetapi, sekiranya ini berlaku, saya tidak fikir PAS akan memperoleh konsesi besar daripada Umno kerana ia juga harus menjaga rakan-rakan bukan Melayu dan Malaysia Timur dalam BN.”

Beliau berkata, kemungkinan akan wujud ekstremisme tidak akan berlaku kerana parti-parti komponen bukan Melayu dan Malaysia Timur serta pemimpin-pemimpin Melayu sendiri, akan hadir untuk memantau kecenderungan ekstremis.

atory
Dr Ahmad Atory Hussain

Seorang lagi penganalisis, Dr Ahmad Atory Hussain bersetuju dan berkata satu-satunya perubahan yang boleh dijangka adalah kehadiran PAS dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai contoh, perkara dasar tidak akan terpengaruh sama sekali kerana BN masih mempunyai parti komponen lain yang tidak terdiri daripada orang Melayu semata-mata, kata beliau.

Bagaimanapun pembangunan negara terutamanya di negeri-negeri yang PAS mungkin mengepalai mungkin menghadapi beberapa kekangan sebagaimana disaksikan di Kelantan, kata Atory.

“Bagaimanapun, ia bukan tentang parti sebagaimana individu-individu yang memimpin parti, kerajaan atau kementerian.

“Kalau pemimpin ada tekad, komitmen untuk membasmi kemiskinan dan masalah sosial, antara lain, itu seharusnya tidak menjadi masalah.

“Tetapi seperti di Kelantan misalnya, para pemimpin kelihatan kurang gagasan dan pengetahuan tentang bagaimana membangun negeri ini, tidak seperti pemimpin di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya kepada FMT.



Demikianlah Artikel Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu?

Sekianlah artikel Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masa depan Malaysia suram jika PAS-Umno bersatu? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/masa-depan-malaysia-suram-jika-pas-umno.html

Subscribe to receive free email updates: