Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14

Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14
link : Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14

Baca juga


Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah menjangkakan PAS bakal kalah teruk, terutamanya di negeri pantai barat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, PAS bukan lagi menjadi calon utama yang bakal diundi oleh rakyat selepas parti itu tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) pada ketika ini.
 
Sebaliknya ujar beliau, pertandingan kini diantara PH dan Umno-Barisan Nasional (BN) sahaja.
 
Mat Sabu berkata demikian berdasarkan pengalamannya ketika berada dalam parti pimpinan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebelum meninggalkan parti itu pada tahun 2015.
 
"Pakatan Harapan berlawan dengan Barisan Nasional, selalunya rakyat dia memilih kumpulan mana yang dia lihat boleh memerintah, sama ada mereka memilih PH atau tolak BN, yang tengah-tengah (PAS) jarang mendapat undi.
 
"Pengalaman kita, terutama di Johor, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka kita bertanding dahulu bila cara berseorangan, kebanyakannya kita hilang pertaruhan, kita mula mendapat undi dan kemudiannya menang di beberapa tempat bila bersama DAP dan Keadilan (PKR).
 
"Oleh itu kalau PAS kembali bertanding berseorangan, dia hanya akan mendapat undi 'core' ahli dia sahaja dan saya rasa negeri-negeri yang saya sebut tadi, mereka akan alami kekalahan yang dahsyat pada PRU akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah peringkat negeri Selangor pagi tadi.
 
Rabu lalu Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, parti itu bercadang bertanding lebih 100 kerusi Parlimen pada PRU14.
 
Katanya lagi, PAS melalui Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga kini sedang mengenalpasti kawasan Parlimen yang akan ditandingi.
 
Pada PRU13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan 236 Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Malah di Selangor juga parti itu mahu bertanding di kerusi yang kini dipegang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masing-masing di DUN Kajang dan Bukit Antarabangsa.
 
 


Demikianlah Artikel Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14

Sekianlah artikel Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu yakin PAS kalah teruk PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mat-sabu-yakin-pas-kalah-teruk-pru14.html

Subscribe to receive free email updates: