Judul : MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes
link : MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes
MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, peruntukan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk membolehkan tindakan undang-undang terhadap pendatang tanpa izin.
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak ada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu untuk mengambil tindakan terhadap wakyat asing yang datang ke Malaysia sebagai pekerja tetapi sebaliknya menjalankan perniagaan.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah mengenai jumlah besar warga asing yang menjalankan perniagaan di negara ini, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, peruntukan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk membolehkan tindakan undang-undang terhadap pendatang tanpa izin.
Peruntukan sedemikian sudah sedia ada di bawah Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan, kata beliau.
Khamis lalu, laporan media memetik Irwan sebagai berkata, kira-kira 4 juta orang asing di Malaysia terlibat dalam perniagaan mereka sendiri. Beliau tidak mengatakan berapa ramai yang tidak berlesen.
Bercakap kepada graduan yang telah menamatkan kursus keusahawanan 6 bulan, Irwan memberikan contoh peniaga di daerah komersial Chow Kit.
Beliau berkata separuh daripada mereka adalah orang Indonesia.
Ini mendorong Ahli Parlimen Selayang William Leong yang mendakwa wujud kecuaian di pihak kerajaan.
Wakil rakyat PKR itu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk memastikan warga asing tidak merompak rakyat Malaysia peluang perniagaan.
Demikianlah Artikel MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes
Sekianlah artikel MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MEF: Undang-undang baharu tak perlu bagi kawal pekerja asing buat bisnes dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mef-undang-undang-baharu-tak-perlu-bagi.html