‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’

‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’
link : ‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’

Baca juga


‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’


KUALA LUMPUR: Prof Madya Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertanya mengapa orang Melayu rasa tidak selamat.

Beliau mengajukan soalan itu di forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRC), di mana Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menyoal mengapa orang Islam berasa tidak yakin dengan agama sendiri.

“Mengapa orang Melayu Islam rasa tidak selamat? Perdana menteri, dan Agong, seorang Melayu Islam.

“Sebagai perbandingan, saya seorang Iban yang menetap di Malaysia Barat dan nama saya Madeline Berma.

“Sepatutnya saya yang rasa tidak selamat. Tetapi kawan-kawan Melayu saya pula yang rasa tak selamat,” kata Madeline.

Saifuddin menjawab soalan itu dengan berkata punca perasaan tidak selamat dalam kalangan orang Melayu ialah politik kaum, disebarkan oleh golongan yang mahu kekal berkuasa.

“Strategi untuk kekal berkuasa ialah cipta perasaan tidak selamat.

“Sebab itu kamu dengar kenyataan seperti: “Hanya saya yang akan menjaga kamu.”

“Ini sejenis politik kaum, terutama dengan unsur agama yang terpendam, yang mencipta ketakutan seperti itu.

“Ia sudah tertanam dalam masyarakat kami malah dilaksanakan dalam dasar dan program, dan kita sama sekali tidak menyedarinya.

“Kita perlu kaji di mana kita berada hari ini kerana rakyat hidup dalam ketakutan tanpa sebab hanya kerana sesetengah orang elit cipta ketakutan itu untuk kekal berkuasa.”

Terdahulu, Saifuddin mendakwa isu Allah dan kontroversi mengenai salib di sebuah gereja di Taman Medan, Jalan Klang Lama menimbulkan rasa tidak selamat sesetengah orang Islam.



Demikianlah Artikel ‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’

Sekianlah artikel ‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Mengapa orang Melayu rasa tidak selamat?’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mengapa-orang-melayu-rasa-tidak-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :