'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja'

'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja'
link : 'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja'

Baca juga


'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja'

DALIA ISMAIL

 Nurul Azarul Abu Samah


Usaha untuk memahami aspirasi golongan muda di negara ini menjadi antara faktor penarik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya mendaftarkan 57 peratus ahli di kalangan belia berusia di bawah 35 tahun sejak setahun penubuhan parti itu.

Perkara ini dijelaskan Ketua Armada Bersatu Negeri Johor Nurul Azarul Abu Samah, apabila parti itu ujarnya, memberikan 'kebebasan' kepada pimpinan Armada di setiap peringkat untuk membawa suara golongan belia ke peringkat pimpinan pusat parti.

"Dari awal penubuhan PPBM dari aspirasi anak muda yang mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara yang mana suara mereka lebih didengari oleh parti.

"Sebab itu fokus Armada menjalankan gerak kerja turun ke lapangan di setiap peringkat mendapat sambutan luar biasa di kalangan belia terutama mereka yang selama ini tidak berminat menyertai mana-mana parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Terkini dalam himpunan rakyat sempena sambutan ulang tahun Bersatu yang diadakan sehari di Muar, pada Sabtu lalu, Ketua Armada Syed Saddiq Syed  Abdul Rahmah mengumumkan parti itu  berjaya mendaftarkan sejumlah 3,200 ahli baharu  dan turut diumumkan bagi seluruh negeri pula, Armada negeri Johor menduduki  tempat ketiga ahli terbanyak selepas Kedah dan Perak.

Ketua Armada Bahagian Labis ini turut berkata, pengalamannya menyertai Bersatu tidak sama sebagaimana ketika di dalam Umno.

"Kebanyakan yang menyertai PPBM dikalangan mereka yang mempunyai kesedaran.

"Tidak perlu kami panggil untuk datang ke program-program yang diadakan tetapi mereka berdedai-dedai (berduyun-duyun) datang, apabila kami buka meja.

"Walaupun kita masih lagi tidak boleh bebas mencari ahli cengkaman parti pemerintah yang mana banyak halangan-halangan dalam usaha yang kami lakukan selama setahun ini," ujarnya.



Demikianlah Artikel 'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja'

Sekianlah artikel 'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Mereka berdedai-dedai datang bila kami buka meja' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/mereka-berdedai-dedai-datang-bila-kami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :