Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS

Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS
link : Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS

Baca juga


Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
 [ULASAN] Umur Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja panjang dan sihat tubuh badan tetapi mempunyai daya ingatan yang kuat. Memorinya utuh dan ini menjadi aset politik utamanya. Beliau mampu mengingati percaturan dan konspirasi politik yang dilakukan oleh saingannya.
 
Kini beliau ialah pemimpin nombor satu dalam kolaborasi politik yang disusun oleh parti-parti pembangkang. Selain mempunyai daya ingatan politik yang dalam dan tajam, Mahathir juga pandai menyorokkan sentimen politiknya.
 
Kecekapan silat politik ini sudah dibuktikannya ketika melayani karenah timbalan-timbalan perdana menterinya, Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghaffar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pengganti beliau, Tun Abdullah Badawi. 
 
Bila perlu, Mahathir boleh menyerlahkan sisi kenegarawanannya dan, bila sesuai beliau akan menjadi jurubicara nasionalisme.  Aura politiknya juga boleh dibingkai dengan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. 
 
Dalam membuat perhitungan politik Dr Mahathir amat cermat. Begitu juga  dalam memimpin Pakatan Harapan (PH). Yang pasti, beliau tidak akan terlepas pandang konsep dan “kerangka Pakatan Harapan” yang cuba diketengahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Walaupun beliau menerima Mahathir untuk melanjutkan perjuangannya mahu menundukkan UMNO-BN, Anwar nampaknya masih cuba bermain politik dengannya. Anwar cuba “membeli insurans politik” apabila merestui PKR bekerjasama dengan PAS.
 
PKR terbahagi dua 
 
Langkah ini menjadi isu besar apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan parti itu kini terbahagi dua kumpulan berhubung isu kerjasama dengan PAS. Ini mendorong kumpulan penggerak kerjasama itu mendedahkan bahawa langkah mereka sebenarnya direstui Anwar.
 
Kumpulan pimpinan Wan Azizah dan Azmin ini cuba mengelakkan “tekanan” Rafizi yang menganggap inisiatif itu melanggar asas kerjasama PH. Semua tahu bahawa PAS tidak berminat bekerjasama dengan mana-mana komponen PH. Malah PKR sendiri turut ‘ditalak’ PAS.
 
Dalam keadaan gugup itu, Anwar mencongak beliau perlu menjernihkan keadaan demi mengelak berlaku salah faham dalam PH. Malah lebih penting lagi beliau tidak mahu ia menjadi punca barah dalam PKR pula. 
 
“Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14,” kata Anwar dalam kenyataan medianya.
 
Dengan menggunakan tiga alasan berkenaan, Anwar berharap akan dapat menghindar keresahan ahli-ahli (baik dari komponen PH mahupun PKR) kerana “corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan”.
 
Anwar mengakui bahawa “keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.”
 
Di selekoh ini Anwar cuba membuat “paluan berundur” daripada pendiriannya bahawa “PKR dan PH juga masih memerlukan kerjasama PAS” menghadapi Pilihanraya umum ke 14.
 
“Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen KEADILAN dengan Pakatan Harapan,” kata Anwar sebagai memberi isyarat ia bukan sesuatu yang hendak dirahsiakan daripada pengetahuan PH. 
 
Setakat ini Mahathir masih membisu terhadap kenyataan Anwar itu dan tidak cuba menokok tambah pendedahan Rafizi berhubung “pertelingkahan” dalam PKR hingga mengakibatkan beliau (Rafizi) sendiri tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR hampir setahun.
 
Mahathir mengikut arus buat masa ini. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, Mahathir berhasil mendapatkan persetujuan komponen untuk tidak akan bekerjasama dengan PAS. Persetujuan ini ditandatangani semua pemimpin PH, termasuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
 
PKR akur ketetapan PH
 
Berikutan itu PKR mengambil pendirian rasmi selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bahawa tiada kerjasama akan dijalin bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.
 
"Seperti kenyataan yang dibuat oleh Majlis Presiden, ada dua perkara, pertama Majlis Presiden PH menyatakan tiada kerjasama dengan PAS dalam PRU14.
 
"Yang kedua kita akan atur strategi kemungkinan tiga penjuru dalam PRU14. Dan itu adalah pandangan Majlis Presiden dan kita akan laksanakan," kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
 
Maka lengkaplah usaha memadam “kesipuan” PKR berhubung inisiatif yang dianjurkan oleh Anwar mahu meneruskan rundingan dengan PAS meskipun parti itu sudah “menceraikan hubungan” dengan semua komponen PH.
 
Persoalannya ialah, adakah Mahathir akan melupakan ikhtiar luar “kerangka PH” oleh Anwar dan PKR? Beliau mempunyai ingatan yang panjang dan dalam persoalan politik sebegini sensitif, tentu veteran politik itu tidak mudah lupa. 
 
Bila Mahathir mahu menjelmakan pendiriannya terhadap eksperimen politik Anwar ini, hanya beliau yang tahu. Namun buat masa ini yang penting ialah, Rafizi telah membantu mengesahkan dayausaha Anwar “mengurat” PAS.
 
Mahathir ada pilihan bertindak sekarang demi memberi pengajaran pada Anwar dan PKR. Atau, beliau boleh menunggu sehingga muktamadnya PRU 14 dahulu.
 
Apapun kini sudah tidak sukar membaca firasat dan mutu kepimpinan PKR berpandukan kenyataan apologetik Anwar dan pendedahan Rafizi betapa longgarnya disiplin dalam parti itu.
 
Malah, walaupun hampir setahun tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR yang dianggapnya ‘membuang masa kerana lebih banyak berpolemik’, Rafizi “menceroboh” masuk mesyuarat Majlis Presiden PH.
 
Meskipun beliau tiada sebarang jawatan dalam Majlis Presiden berkenaan, Rafizi menyertai mesyuarat itu demi “mengingatkan” bahawa isu PKR “mengurat” PAS perlu diselesaikan.
 
Anehnya, Azmin sendiri yang dipikulkan tanggungjawab untuk “memujuk” PAS supaya bekerjasama mengelak pertandingan tiga penjuru dalam PRU, tidak hadir untuk “mempertahankan” inisiatif Anwar Ibrahim itu. 
 
Mahathir yang pernah menjadi tutor politik Anwar pasti tidak akan lupa makna “kerangka PH” ala-Anwar dan beliau kini boleh memilih masa yang sesuai untuk memberikan reaksinya.
 
 


Demikianlah Artikel Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS

Sekianlah artikel Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Natijah kegagalan inisiatif Anwar pujuk PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/natijah-kegagalan-inisiatif-anwar-pujuk.html

Subscribe to receive free email updates: