OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar

OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar
link : OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar

Baca juga


OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar

 
Isaiah D Jacob berkata puasa 51 hari dan jelajah seluruh negara itu sebahagian kempen petisyen menghimpunkan sokongan rakyat yang mahukan Anwar Ibrahim diberi pengampunan diraja.


bebaskan-anwar

PETALING JAYA: Dalam usaha membebaskan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, seorang lelaki kelainan upaya merancang berpuasa 51 hari secara terus sambil menyertai jelajah seluruh negara mempromosikan inisiatif “Bebas Anwar”.

Ahli PKR, Isaiah D Jacob, berkata inisiatif itu sebahagian kempen petisyen untuk membebaskan bekas ketua pembangkang itu kerana percaya Anwar “tidak bersalah”.

“Saya mahu menyampaikan mesej kepada rakyat dan berharap Agong akan mendengar mesej kami bahawa Anwar tidak patut dipenjara dan harus dibebaskan segera,” katanya kepada pemberita hari ini pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR.

Anwar dipenjara 5 tahun sejak Februari 2015 atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, beliau juga mahu menekankan situasi ekonomi semasa di negara, dengan rakyat yang terbeban oleh kos hidup yang meningkat.

“Saya cintakan negara dan mahu menyampaikan mesej kepada kerajaan tentang kesengsaraan rakyat,” katanya.

Beliau juga menambah, negara perlukan Anwar untuk memperkasakan Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan memimpin negara.

Isaiah optimis mesej kempen puasa 51 hari dan petisyen itu akan didengari.

“Masyarakat OKU sedang melakukan sesuatu untuk negara. Jika kerajaan tidak hirau, saya biarkan orang awam dan dunia mengadili mereka,” katanya, sambil menambah, ini bukan kali pertama beliau berpuasa dan jalan merentasi negara.

“Saya sudah lakukannya sebelum ini, berjalan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dalam protes terhadap kilang Lynas,” katanya.

Anak perempuan Anwar, Nurul Nuha yang juga hadir pada majlis itu, berkata beliau terharu dengan semangat Isaiah untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara.

“Saya tidak lihat beliau sebagai OKU, tetapi beliau ‘orang kuat upaya’,” katanya.

Isaiah akan melancarkan kempen “Bebas Anwar” 29 September ini di Permatang Pauh, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman dan kubu bekas ahli Parlimen itu. Isteri Anwar yang kini presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kini ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kempen yang dijalankan seluruh negara akan berakhir pada 18 November di Kuala Lumpur selepas kesemua negeri di Malaysia Barat dijelajah.

Usaha Isaiah bukan yang pertama oleh ahli PKR atau persatuan mesra PKR untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Pada 8 Mei, persatuan aktivis awam, Otai Reformasi menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Muhammad V, merayu pengampunan diraja diberikan.

Persatuan itu meminta Agong mengampunkan Anwar supaya beliau dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Selain daripada Otai Reformasi, badan bukan kerajaan (NGO) #BebasAnwar juga sedang berkempen untuk kebebasan Anwar.



Demikianlah Artikel OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar

Sekianlah artikel OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel OKU mahu berpuasa, jelajah negara demi Anwar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/oku-mahu-berpuasa-jelajah-negara-demi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :