Judul : PDRM Sahkan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Sengaja Dibakar
link : PDRM Sahkan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Sengaja Dibakar
PDRM Sahkan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Sengaja Dibakar
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat yang mengorbankan Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar sengaja dibakar di atas motif dendam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dalam sidang media IPK Kuala Lumpur mengesahkan 7 orang suspek telah pun ditahan oleh pihak PDRM untuk membantu siasatan.
Amar Singh berkata 6 daripada 7 suspek berkenaan positif dadah jenis ganja.
Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat bahan pembakar (hidrokarbon) digunakan bagi melajukan kebakaran yang dicetuskan.
“Pihak PDRM walau bagaimanapun tidak mendedahkan cara dan bagaimana tindakan pembakaran tersebut dibuat supaya tidak menjejaskan proses tindakan di Mahkamah dan juga boleh menjejaskan siasatan lanjut pihak PDRM nanti,”lapor Menara.my
Tambah Amar Singh, terdapat kemungkinan telah berlaku tindakan ejek mengejek antara pelajar-pelajar sekolah tahfiz tersebut dengan kumpulan suspek yang ditahan yang kemudiannya berakhir dengan tragedi pada 14 September 2016.
Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.
BH melaporkan, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.
“Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan,” katanya ketika ditemui BH.
Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel PDRM Sahkan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Sengaja Dibakar
Sekianlah artikel PDRM Sahkan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Sengaja Dibakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PDRM Sahkan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Sengaja Dibakar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pdrm-sahkan-tahfiz-darul-quran.html