Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir

Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir
link : Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir

Baca juga


Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir

 
Ucapannya sempena ulangtahun pertama PPBM turut menolak dakwaan orang Melayu akan hilang dominasi politik di bawah Pakatan Harapan.


Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sambutan ulang tahun pertama PPBM di Muar, Johor.


Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sambutan ulang tahun pertama PPBM di Muar, Johor.

MUAR: Rakyat tidak perlu berkorban nyawa untuk membolehkan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya perlu mengundi blok pembangkang bagi membolehkan perkara itu menjadi kenyataan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PPBM dan PH itu berkata sekiranya rakyat memberikan mandat kepada mereka, pembangkang berupaya memulihkan negara daripada “kerosakan” yang dilakukan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami dalam PPBM dan PH tidak menuntut apa-apa untuk diri kami dari rakyat.

“Di negara lain, rakyat sanggup mati untuk negara, yang kami pohon hanyalah undi bagi kami pada pilihan raya umum (PRU) ke-14,” katanya berucap di majlis sambutan ulangtahun pertama PPBM di Bakri, malam tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata negara akan dijajah semula dan Malaysia akan hilang dari muka bumi jika Najib menang PRU ke-14 dan kekal sebagai perdana menteri.

“Mungkin perdana menteri boneka yang bergerak dan bertutur kata mengikut kehendak dalangnya,” katanya, di hadapan 5,000 penyokong dan ahli PPBM seluruh negara yang berkumpul di Dewan Y Square Connexion di sini.

Dr Mahathir mengakui PPBM ada kelemahan tetapi yakin ia dapat diatasi.

“Ya. Memang PPBM menghadapi masalah. Tetapi hampir semua masalah ini telah dan akan diselesaikan.

“PPBM yakin akan kekuatannya dan keupayaannya memainkan peranan penting dalam gabungan parti lawan, Pakatan Harapan,” katanya.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan DAP akan mendominasi gabungan PH, dan berkata wakil rakyat DAP lebih sedikit berbanding wakil rakyat Melayu.

“Demikian juga kawasan dan wakil rakyat bukan Melayu tidak melebihi Melayu.

“Tiga buah parti Melayu dalam PH jauh lebih ramai tetapi PH tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan keadilan terhadap bukan Melayu, layanan terhadap mereka akan menjadi sebahagian dari dasar kami,” katanya, di sebalik kenyataan beberapa pemimpin Umno termasuk setiausaha akhbar perdana menteri yang berkata PH dikuasai oleh DAP walaupun tidak ditonjolkan pada barisan kepimpinan gabungan itu.

Dr Mahathir membuat perbandingan dengan kerjasama dalam BN yang pernah dipimpinnya.

“Seperti mana Umno tidak didominasi MCA dan MIC, demikian jugalah parti Melayu dalam gabungan PH tidak akan didominasi oleh DAP,” katanya.

Tambahnya, PPBM tidak akan bersaing dengan rakan komponen dalam PH dan ia yakin sikap sama diamalkan rakannya.

“Tetapi kita perlu perkukuh dan perbesarkan PPBM supaya sokongan kita kepada PH akan menghasilkan kejayaan.

“Inilah tujuan kita, kepentingan peribadi tidak ada tempat dalam perjuangan kita, hanya kepentingan negara, bangsa dan agama yang menjadi matlamat perjuangan rakyat dan kita,” kata Dr Mahathir.



Demikianlah Artikel Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir

Sekianlah artikel Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang hanya mahu undi, bukan nyawa, kata Dr Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pembangkang-hanya-mahu-undi-bukan-nyawa.html

Subscribe to receive free email updates: