Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF

Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF
link : Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF

Baca juga


Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF

 
Pendatang asing yang berniaga boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan.


shamsuddin-bardan_mef_workers_6001


PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) hari ini mengingatkan bahawa pendatang asing yang berniaga di negara ini tidak sah dan harus dikenakan tindakan.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata pendatang asing yang berniaga boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan.

“Kalau nak berniaga mesti mendapat premis dan lesen yang sah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau menambah kerajaan tidak perlu menggubal undang-undang baru untuk menghalang pendatang asing berniaga kerana peraturan sedia ada memadai untuk menghalang dan membanteras kegiatan itu.

Semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata rakyat tempatan patut lebih berjaya daripada warga asing yang tinggal di negara ini.

“Jika warga Indonesia mampu mencari nafkah di sini, rakyat Malaysia patut lebih berjaya,” katanya dalam ucapannya pada hari graduasi 1MET kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan mengatakan ekonomi Malaysia terkebelakang berbanding negara membangun lain. Beliuau juga berkata jika ada rakyat yang miskin, ia disebabkan mereka tidak cukup berusaha.

“Jika mereka mempunyai tangan, kaki dan boleh berjalan, mereka boleh mencari nafkah di Malaysia,” katanya. Katanya lagi, terdapat 4 juta warga asing di negara ini dan sesetengahnya menjalankan perniagaan.

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen bagaimanapun mempersoalkan mengapa pendatang asing berpeluang berniaga di negara ini sedangkan mereka sepatutnya bekerja di bawah majikan dan bukannya menjalankan perniagaan.

Beliau menggesa pihak berwajib agar lebih tegas membabitkan isu itu dan tidak membiarkan pendatang asing menutup peluang pekerjaan kepada warga tempatan.



Demikianlah Artikel Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF

Sekianlah artikel Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendatang asing berniaga di Malaysia tidak sah, kata MEF dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pendatang-asing-berniaga-di-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: