Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis

Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis
link : Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis

Baca juga


Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis

 
Pengarah eksekutif Voice of Children Sharmila Sekaran berkata pesalah perlu diberi rawatan pemulihan oleh pakar semasa dan selepas menjalani hukuman penjara.


Sharmila-Sekaran-kids


PETALING JAYA: Seorang aktivis hak asasi kanak-kanak memberi amaran pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak tercegah daripada kembali melakukan kesalahan itu walaupun dikenakan hukuman berat seperti penjara dan rotan.

“Tempoh penjara hanya menjauhkan pesalah daripada mangsa sementara rotan tidak ‘mengubah’ mereka dan mereka mungkin akan kembali melakukan perbuatan itu,” kata Pengarah Eksekutif Voice of Children Sharmila Sekaran.

Beliau berkata senario sama membabitkan hukuman mati untuk kesalahan mengedar dadah yang gagal mencegah pelaku daripada kembali mengedar dadah.

Sharmila mengulas hukuman penjara 48 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada Jumaat ke atas seorang bapa berusia 36 tahun atas 623 pertuduhan meliwat, merogol dan mencabul anak perempuannya.

Lelaki itu mengaku bersalah untuk semua pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak.

Beliau mencabul anak perempuannya beberapa kali sehari sejak 2 tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap hukuman itu akan menghalang pelaku daripada kembali melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sharmila berkata pelaku yang didorong oleh keinginan seksual yang tinggi perlu mendapatkan rawatan dan terapi pakar.

“Tetapi kita tidak ada pakar seperti ahli terapi seks yang secukupnya untuk menangani keinginan seksual,” katanya.

“Apabila keinginan itu menyerang, mangsa mungkin tempat pertama untuk mereka (memuaskan nafsu),” katanya.

Sharmila berkata banduan seperti bapa itu perlu diberi rawatan pemulihan semasa dan selepas menjalani hukuman penjara.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata kes itu harus menyedarkan negara mengenai keperluan untuk menyemak semula sistem pendidikan bagi mengajar kanak-kanak bercakap mengenai isu seksual.

“Mengapa anak perempuan itu mengambil masa 2 tahun untuk bersuara? Apakah beliau tidak diajar untuk bersuara apabila dicabul?” kata Teo.

Beliau berkata sebagai seorang ibu, beliau berasa sedih untuk mangsa yang menderita selama 2 tahun di tangan bapa sendiri.

“Kita perlukan sistem pendidikan memperkasa mangsa dan menjadikan mereka berani bersuara apabila menderita. Pihak berkuasa perlu pastikan mereka berasa selamat dan menjamin perlindungan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata harapan menteri hukuman keras akan dapat menghalang pelaku daripada kembali melakukan jenayah itu suatu akan meleset jika perubahan tidak dilakukan.

“Beliau harus memperbaiki sistem pendidikan seks sedia ada,” katanya.

Selain daripada kes itu, turut dilaporkan baru-baru ini seorang bapa dan 3 anak lelaki di Sarawak dikenakan hukuman penjara 105 tahun dengan 24 hukuman rotan atas 13 pertuduhan sumbang muhrim, selepas mereka merogol 2 ahli keluarga mereka.

Polis menangkap keempat individu itu selepas pemeriksaan perubatan mendapati salah seorang mangsa mengandung.



Demikianlah Artikel Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis

Sekianlah artikel Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjara, rotan tidak dapat halang jenayah seksual kanak-kanak, kata aktivis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/penjara-rotan-tidak-dapat-halang.html

Subscribe to receive free email updates: