Judul : Penjual burger didakwa rogol dua anak
link : Penjual burger didakwa rogol dua anak
Penjual burger didakwa rogol dua anak
ANTARAPOS.COMJOHOR BAHRU: Seorang penjual burger dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung 12 pertuduhan merogol dua anak kandungnya berusia 13 dan 15 tahun pada awal tahun 2013 hingga Ogos lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini, lapor Berita Harian.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pihak pendakwaan tidak menawarkan ikan jamin dengan alasan tertuduh mempunyai perhubungan darah dengan mangsa, selain risiko mengganggu saksi yang juga trauma akibat kejadian itu.
Mahkamah menetapkan 15 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Demikianlah Artikel Penjual burger didakwa rogol dua anak
Sekianlah artikel Penjual burger didakwa rogol dua anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penjual burger didakwa rogol dua anak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/penjual-burger-didakwa-rogol-dua-anak.html