Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump

Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump
link : Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump

Baca juga


Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump






Al-Azharri Siddiq – Pertemuan DS Najib-Presiden Trump menjadi fokus seluruh pelusuk media dalam dan luar negara. Portal Malaysiakini semalam menyiarkan gambaran kononnya DS Najib (Najib) akan mengelak dan ketakutan kerana disoal bertubi-tubi oleh rangkaian media asing khususnya New York Times, Washington Post dan lain-lain.


Mereka patut sedar karektor Najib bukan begitu, dan Najib bukan seorang yang kelam-kabut. Dahulu ada pemimpin lain sebelum sidang akhbar akan diberi amaran supaya memberi soalan yang baik-baik sahaja, jika tidak kaki wartawan itu akan dipijak oleh pembantu-pembantunya. Ada juga pemimpin lain, apabila disoal dengan pertanyaan yang sensitif atau berbentuk provokasi, dia cepat melatah, menyoal semula dan memberi jawapan di awan-awangan.

Jika anda sering mengikuti sidang akhbar Najib, anda akan dapati jawapan yang diberikan untuk soalan-soalan serius adalah terang dan jelas. Tiada bunga-bunga bahasa. Jika boleh Najib akan kata boleh. Jika tidak boleh Najib akan kata tidak boleh.

Begitu juga kes pelarian Rohingya. Semalam DS Najib, DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Hishammuddin dan lain-lain kementerian segera berganding bahu menghantar makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh. Jika dahulu, ada orang lain sebelum memberi bantuan membuat perhimpunan besar-besaran dalam stadium, memberi ucapan dalam pada masa yang sama mahu mendapat miliage politik umat Islam sebelum memberi bantuan kemanusian.

Bantuan segera semalam bukan pertama kali, beberapa tahun dahulu Najib sudah membangkitkan isu Rohingya dalam ASEAN. Pada tahun ini, timbul semula kekejaman junta dan pengikut junta di negeri-negeri Arakan dan Rekhani.

Saya yakin Najib akan menyentuh isu Rohingya semasa pertemuan dengan Presiden Trump di Amerika Syarikat. Semua orang kena sedar, hubungan Malaysia-Amerika Syarikat sekarang di tahap terbaik. Perhatikan Duta USA hari ini, seorang yang bijak dalam diplomasi, bukannya seperti John Marlot melibatkan diri dalam politik Malaysia dengan pandangan-pandangan tidak diplomatik. Sebabnya mudah, barangkali semasa dia dihantar tidak menghadiri kursus mengenai Malaysia di Oval Office sebagaimana Duta USA hari ini.

Perang etnik di Myanmar ke atas orang-orang Rohingya bukan perkara baharu. Ianya sudah berlaku beratus-ratus tahun dahulu lagi sejak tahun masehi 1044 lagi. Apabila Burma menakluki wilayah Arakan pada tahun 1784, pengusiran dan pembunuhan etnik Rohingya semakin menjadi-jadi sehinggalah ke hari ini. Polisi kerajaan moden Mynmar hari ini pula tidak mengiktraf etnik Rohingya sebagai salah satu sub etnik rakyat Mynmar.

Maka mereka menjadi pelarian dan mangsa kekejaman dasar kerajaan Mynmar. Manakala, saya percaya Aung Sang Suu Kyi tidak akan membantu etnik ini kerana ayahnya dahulu juga mengelak diri daripada membantu etnik ini. Apabila kita bercakap mengenai Mynmar, ianya adalah berkenaan junta tentera dan pelampau agama. Mereka sebenarnya yang perlu ditekan, Aung Sang Suu Kyi tidak ada kuasa itu !

Sumber:
1. Kertas kajian, Sejarah Rohingya (2014)
2. http://ift.tt/2xjj9pN
3. TARC, Ohio University, Athens, USA.



Demikianlah Artikel Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump

Sekianlah artikel Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perihal Pertemuan Najib Dengan Presiden Trump dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/perihal-pertemuan-najib-dengan-presiden.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :