Judul : Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Lagi
link : Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Lagi
Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Lagi
Lebih 30 kawasan di Pulau Pinang termasuk di daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di sini ditenggelami air dalam kejadian hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi.
Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Permatang Pasir di Balik Pulau, Teluk Bahang, Jelutong, Jalan Thean Teik 2, Jalan Paya Terubong, Bayan Baru, Sungai Ara, Kampung Masjid, Kampung Makam, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Jalan Langka, Jalan Kebun Lama, Masjid Negeri di Ayer Itam, Kampung Masjid Hashim Yahya dan Parit Lumba Kuda.
Turut dinaiki air adalah di Jalan Bukit Tengah, Rumah Hijau Mak Mandin, Bagan Jermal, Bertam Indah, Kampung Bagan Jaya dan Kampung Simpah di Seberang Perai.
Ketika ini, semua kenderaan di kawasan terlibat dilaporkan sesak teruk sehingga ke pusat bandar George Town.
Sementara itu, enam buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di aparment Fettes Park, Tanjung Bungah.
Bagaimanapun, tiada laporan mangsa terlibat setakat pukul 10.30 pagi ini – Kosmo
Demikianlah Artikel Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Lagi
Sekianlah artikel Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Lagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/pulau-pinang-dilanda-banjir-kilat-lagi.html