Judul : RCI: Saksi beritahu penjualan saham BNM dilakukan secara rahsia
link : RCI: Saksi beritahu penjualan saham BNM dilakukan secara rahsia
RCI: Saksi beritahu penjualan saham BNM dilakukan secara rahsia
Oleh Shuhaniza Said
PUTRAJAYA: Saksi ke-22 pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) atas urus niaga mata wang, hari ini memberitahu bahawa penjualan saham bank pusat itu dilakukan secara rahsia.
Datuk Othman Yusof yang juga Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan pada ketika itu berkata, ia adalah arahan pihak atasan bagi mengelakkan perkara itu diketahui umum.
"Penjualan saham milik kerajaan perlu dilakukan secara 'senyap-senyap' melalui Rashid Hussein Sdn Bhd," katanya kepada panel lima ahli RCI.
Salah seorang panel RCI, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan 'senyap-senyap'.
Sebagai jawapan Othman berkata; "Sebab tidak mahu diumum kepada orang ramai. Surat saya tujukan kepada Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan," katanya.
Malah Tajuddin turut bertanya sama ada "pihak berkuasa atasan" dimaklumkan mengenai keputusan sedemikian.
"Ya, keputusan dibuat rasa saya atas perbincangan tersebut," katanya.
RCI bagi menyiasat skandal forex ditubuhkan pada 15 Julai 2017 lalu dan keanggotaan suruhanjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Ia dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Berhad, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Turut sama menganggotai suruhanjaya itu hakim mahkamah tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Tajuddin Atan; Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia S.A.K Pushpanathan.
Demikianlah Artikel RCI: Saksi beritahu penjualan saham BNM dilakukan secara rahsia
Sekianlah artikel RCI: Saksi beritahu penjualan saham BNM dilakukan secara rahsia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RCI: Saksi beritahu penjualan saham BNM dilakukan secara rahsia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/rci-saksi-beritahu-penjualan-saham-bnm.html