RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18

RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18
link : RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18

Baca juga


RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Dagangan mata wang asing yang dijalankan Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an dahulu boleh dilakukan tanpa had dan boleh mencecah sehingga berbilion dolar Amerika Syarikat (AS).
 
Saksi ke-18, Azman Mat Ali, bekas Pentadbir Pertukaran Wang Asing BNM memberitahu RCI hari ini, beliau tidak akan melakukan apa-apa transaksi jika tidak diarahkan bekas Penolong Gabenor BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
 
Nor Mohamed selaku pedagang dalam urus niaga berkenaan, kata Azman.
 
"Tidak ada had bagi setiap transaksi. (Saya) tidak ingat transaksi yang saya buat tapi jumlah boleh mencecah bilion dolar dalam sehari. 
 
"Saya tidak berani urus niaga melainkan arahan dari Nor Mohamed mahupun ketua pedagang.
 
"Saya menjalankan tugas menerusi pedagang iaitu Nor Mohamed. Semua urusan dilaksanakan di Jabatan Akaun BNM," katanya lagi semasa memberi keterangan di prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kerugian BNM dalam urus niaga mata wang asing.
 
Bercakap kepada panel RCI, Azman memaklumkan setiap transaksi berlangsung dalam tempoh 24 jam sehari dengan bantuan dua pekerja BNM yang bekerja secara shif.
 
Manakala Azmin berkata tugasnya hanya melaporkan setiap aktiviti urus niaga kepada ketua pedagang ketika itu, Lim Tan Mee (1988-1989), Selvaraj (1989-1990), dan Chua Tiong Chin (1990-1994), serta Nor Mohamed yang merupakan penasihat kepada BNM ketika itu. 
 
Dalam prosiding itu juga Azman memberitahu dirinya tidak pasti sama ada urus niaga bernilai berbilion ringgit iti dilakukan untuk pertukaran atau rezab, malah mana-mana transaksi dilakukan secara manual dan tiada unsur 'Check and Balance' yang dilakukan oleh BNM pada tahun 1990 sehingga 1994. 
 
Antara mata wang asing yang diurusniagakan beliau ketika itu adalah Dolar AS, Mark Jerman, Yen Jepun, Pound British, Franc Swiss, dan Franc Perancis. 
 
Azman menambah jumlah mata wang yang didagangkan oleh beliau selaku pentadbir pertukaran asing adalah tidak lebih AS$5 hingga AS$10 juta seorang, namun bagi ketua pedagang pula had urus niaga melebihi dari jumlah itu.
 
Semalam Nor Mohamed dalam keterangannya mengakui dirinya tidak pernah berbincang dan memaklumkan kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berkenaan urus niaga Bank Negara Malaysia (BNM) dan mata wang asing (forex) antara tahun 1986 sehingga 1993.
 
Menteri kewangan yang dirujuk Nor Mohamed dalam tempoh yang disebut di prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini adalah Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri pada ketika urus niaga itu sedang dijalankan.
 
 


Demikianlah Artikel RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18

Sekianlah artikel RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RCI: Urusniaga forex dilakukan tanpa had dalam sehari, kata saksi ke-18 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/rci-urusniaga-forex-dilakukan-tanpa-had.html

Subscribe to receive free email updates: