Judul : Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia
link : Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia
Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia
Beliau merujuk penahanan beramai-ramai pengkritik kerajaan oleh Dr Mahathir dan penutupan akhbar The Star.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memulakan lawatan ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Donald Trump dengan artikelnya yang menghentam pembangkang khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas siri serangan di media dalam dan luar negara mengaitkan kunjungannya dengan skandal 1MDB.
Najib menyelar pihak yang menurutnya menyebar “dakwaan palsu” menyifatkan kerajaan Malaysia bersifat diktator.
Sebaliknya, perdana menteri mempertahankan rekodnya dengan memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Daurat serta “penambahbaikan” Akta Universiti dan Kolej Universiti dan kelonggaran dalam penerbitan akhbar.
“Kami melangkah ke hadapan kerana dengan memansuhkan undang-undang lapuk dan menindas ini merupakan langkah yang tepat,” katanya dalam artikel dimuat naik di laman blognya.
Ia di sebalik pelbagai kritikan media luar negara terhadap Trump kerana menerima kunjungan Najib ke White House, ketika hangat isu penyiasatan jenayah melibatkan 1MDB dan aset sejumlah AS$1.7 bilion yang mahu disita oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) kerana didakwa dilarikan daripada syarikat Kementerian Kewangan itu.
Sebelum ini, beberapa akhbar termasuk Washington Post dan The Wall Street Journal menyiarkan artikel mempersoalkan lawatan Najib.
Beberapa pemimpin pembangkang juga menyifatkan lawatan itu percubaan Najib membersihkan namanya dengan pentadbiran AS.
Dalam penulisannya, Najib turut tidak melepaskan peluang mengkritik Dr Mahathir, walaupun seperti biasa tidak menamakan bekas perdana menteri itu.
Menurutnya, pentadbiran di bawah Dr Mahathir menyaksikan beratus-ratus orang ditangkap di bawah ISA.
“Akhbar, termasuk sebuah akhbar harian kebangsaan perdana, ditutup. Badan kehakiman diserang,” katanya, dipercayai merujuk pengharaman akhbar milik MCA, The Star pada 1988.
Najib berkata Malaysia mempunyai rekod demokrasi yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
“Itulah rekod yang harus dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.
Demikianlah Artikel Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia
Sekianlah artikel Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebelum ke AS, Najib hentam Dr M, pertahan ‘demokrasi mantap’ Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/sebelum-ke-as-najib-hentam-dr-m.html