Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM

Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM
link : Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM

Baca juga


Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM





Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman mengakui punca utama beliau meninggalkan parti itu berpunca daripada sikap berdiam diri pimpinan PPBM apabila beliau diserang secara terbuka oleh ketua sayap pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menurutnya, Syed Saddiq menyerangnya secara keterlaluan, menuduhnya sebagai agen UMNO dan menghalaunya supaya keluar parti.

Hamidah berkata walaupun beliau meminta pimpinan PPBM mengambil tindakan disiplin terhadap Syed Saddiq, namun tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap Ketua Armada itu.

“Selaku anak muda yang pangkatnya seperti anak saya tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. Sebagai seorang ibu, wanita dan orang Melayu yang kaya dengan adab, saya tidak sanggup melihat budaya itu diterapkan dalam Bersatu.

“Malangnya perbuatan tersebut seolah direstui kerana tiada sebarang langkah atau tindakan diambil dalam membendung budaya yang dibawa Saddiq itu,” katanya.

Beliau membuat pendedahan itu ketika diwawancara secara ekslusif bersama Sinar Harian lewat malam tadi.

Hamidah berkata Syed Saddiq begitu ‘berani’ menyerangnya disebabkan ‘ada orang kuat di belakang’ yang menyokong segala tindak tanduknya.

Katanya, perkataan ‘berambus’ yang digunakan Syed Saddiq itu agak keterlaluan hingga menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk keluar parti.

“Saya sangat sedih, lebih sedih apabila tiada tindakan daripada mereka yang di atas. Saya dah tak mampu nak teruskan perjuangan. Jadi, saya ambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden dan semua jawatan dalam parti.

“Ia bukan mudah untuk dibuat, agak berat, tapi kalau baik untuk kita dan kebaikan yang lain, saya buat juga,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata beliau sanggup menyerang Hamidah di atas tanggungjawabnya mempertahankan Presiden dan Timbalan Presiden parti.

“Memang betul saya berbeza pendapat dengan beliau berkenaan beberapa isu dalaman tapi jika disebabkan ini beliau merasakan saya biadab, saya minta maaf.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang beliau berikan dalam Bersatu terutamanya pada peringkat awal penubuhan parti,” katanya.



Demikianlah Artikel Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM

Sekianlah artikel Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serangan Armada Punca Hamidah Keluar PPBM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/serangan-armada-punca-hamidah-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :