Sidang media khas Najib cetus spekulasi

Sidang media khas Najib cetus spekulasi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sidang media khas Najib cetus spekulasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sidang media khas Najib cetus spekulasi
link : Sidang media khas Najib cetus spekulasi

Baca juga


Sidang media khas Najib cetus spekulasi


 
Sidang media khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno hari ini mendorong pelbagai spekulasi, antaranya pengumuman berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14.

Walaupun ada pihak membuat spekulasi Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen, namun perkara itu dilihat tidak mungkin kerana bercanggah amalan biasa.

Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13 diumumkan di Jabatan Perdana Menteri di hadapan menteri kabinet.

Bagaimanapun, sidang media hari ini akan diadakan di ibu pejabat Umno di Tingkat 39, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pihak media juga tidak dimaklumkan butiran sidang media itu.

Sementara itu, semakan dengan pemimpin Barisan Nasional Sarawak mendapati mereka tidak dijemput untuk menghadiri perjumpaan itu.

Sarawak merupakan satu-satunya negeri di mana Umno tidak wujud di negeri berkenaan.

Ketiadaan pemimpin BN Sarawak juga menunjukkan pengumuman hari ini kemungkinan merupakan urusan membabitkan Umno.

Satu lagi spekulasi ialah bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anina Saadudin dan Hamidah Osman akan menyertai semula Umno.

Spekulasi itu memuncak berikutan peletakan jawatan mereka daripada BERSATU semalam.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, kedua-duanya menafikan spekulasi berkenaan.

Sidang akhbar hari ini akan diadakan pada pukul 4.45 petang dan semua anggota majlis tertinggi Umno serta menteri besar dan ketua menteri dijangka hadir.

Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Perlis juga disingkatkan kerana sidang media khas berkenaan.




Demikianlah Artikel Sidang media khas Najib cetus spekulasi

Sekianlah artikel Sidang media khas Najib cetus spekulasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sidang media khas Najib cetus spekulasi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/sidang-media-khas-najib-cetus-spekulasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :