Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang!

Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang! - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang!
link : Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang!

Baca juga


Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang!

DATO HJ MAHFUZ HJ OMAR

 
1.Ketenangan dan kegembiraaan saya tika berada di kota Madinah Al Munawarah amat terganggu apabila membaca laporan berkenaan ucapan YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Agung MIC kelmarin yang *menghina dan memperlekehkan keluhan dan kesusahan yang dialami rakyat Malaysia akibat cukai barangan dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan sejak 2015*. 

2.Saya masih boleh menerima jika Perdana Menteri yang datang dari keluarga bangsawan dan hidup senang lenang sejak dilahirkan tidak menjiwai kesusahan hidup rakyat terbanyak. Maklumlah *sebahagian besar kehidupan beliau ditanggung kita rakyat Malaysia*. Apalah sangat cukai GST 6% peratus kalau nak dibandingkan dengan segala gaji dan elaun sebagai PM.Itu belum lagi wang RM2.6 bilion yang 'didermakan oleh pembesar Arab'. Sudah tentu begitu sukar untuk Perdana Menteri memahami kenapa majoriti rakyat Malaysia merasa sangat terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup akibat dari GST.

3.Tetapi *saya tidak boleh bersabar dengan perlecehan dan penghinaan Perdana Menteri apabila beliau memperlekehkan penderitaan rakyat*. Tidak ada sebab sama sekali untuk rakyat merungut dan menentang GST jika benar pelaksanaan GST akan menjadikan harga barang dan perkhidmatan lebih murah sebagaimana yang dicanang oleh orang-orang seperti Dato Ahmad Maslan ketika berkempen mempromosikan GST. Tetapi hakikat yang terpaksa ditanggung rakyat sekarang ialah *GST membawa padah kepada kenaikan kos dan harga barang keperluan yang menjejaskan kehidupan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana*.

4.Memahami keadaan ini, saya ulangi kembali hujah saya sebelum ini dalam menentang GST bukanlah kerana saya tidak suka manfaat dari segi pendapatan yang  diperolehi kerajaan. Tetapi hakikat *GST sebagai sejenis cukai yang regresif iaitu semakin rendah pendapatan seseorang maka semakin dia terbeban dengan cukai GST yang dikenakan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatannya*. Apatah lagi kesan berangkai GST yang membawa kepada peningkatan mendadak harga barang keperluan dan pekhidmatan tidak seiring dengan peningkatan pendapatan rakyat yang menyaksikan peningkatan minimum atau langsung tiada peningkatan untuk 2 atau 3 tahun kebelakangan.

5.Saya percaya segala data dan fakta berkaitan pendapatan dan kos sara hidup rakyat berada dalam pengetahuan Perdana Menteri. Maka *amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang Perdana Menteri yang tergamak memperlekehkan keluh kesah rakyat bawahan yang semakin terhimpit penghidupan mereka dari hari ke hari*. Saya juga melihat ucapan Perdana Menteri ini yang turut membandingkan kadara GST di Malaysia dengan cukai yang sama di negara India dengan kadar 28% adalah suatu signal dan bayangan jelas bahawa Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional berhasrat untuk menaikkan lagi kadar GST berbanding dengan kadar 6% pada masa ini. Tetapi sudah tentulah GST tidak akan dinaikkan buat masa ini memandangkan pilihanraya umum ke 14 semakin hampir dan pada ketika semakin jelas sokongan kepada BN semakin merosot.

6.Tetapi saya berani mengatakan GST hampir pasti akan dinaikkan kadarnya jika BN terus berkuasa di Putrajaya selepas PRU 14. Maka *mengekalkan BN sebagai kerajaan selepas PRU 14 adalah ibarat kita menyerahkan tengkuk untuk 'disembelih' dengan kadar GST yang lebih tinggi* yang akibatnya akan membawa kesengsaraan kepada kehidupan seharian kita.

7.Ketika ini Saya hanya mampu berdoa di sudut Raudah *Ya Allah buka lah pintu hati rakyat khususnya pengundi di Malaysia menolak Umno Bn Ya Allah kau lindungi la rakyat dan negara kami dari pemimpin yang menzalimi kami,beri lah kekuatan pada kami untuk mengalahkan mereka Umno Bn.Ya Allah kau beri lah keinsafan dan istiqamah pada ku untuk bersama rakyat untuk terus membela dan membebaskan mereka dari kezaliman pemerentah negara yang menjadi tuntutan ajaran Islam.Ya Allah kau  ampuni lah aku dan kami semua*.Justeru kepada rakyat Malaysia, satu-satunya cara untuk mengajar Perdana Menteri dan kerajaan yang memperlekeh kesusahan rakyat dan seterusnya menghalang usaha mereka dari terus membebankan kita dengan menaikkan kadar GST ialah dengan *mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14!*.
 
*DATO HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
 
 


Demikianlah Artikel Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang!

Sekianlah artikel Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Signal Jelas Gst Bakal Dinaikan Jika Bn Terus Menang! dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/signal-jelas-gst-bakal-dinaikan-jika-bn.html

Subscribe to receive free email updates: