SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi

SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi
link : SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi

Baca juga


SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi

 
Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diluluskan Kabinet pada 10 Ogos 2016, akan dilaksanakan melalui 11 inisiatif dalam usaha menyelesaikan isu struktur yang sudah lama dihadapi industri teksi berasaskan 4 prinsip utama.


Spad

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengedarkan 1,500 risalah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di sekitar Lembah Klang, semalam bagi meningkatkan kefahaman pemandu teksi terhadap pelaksanaan program itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan berkata, antara kandungan risalah itu ialah 11 inisiatif kerajaan yang akan dilakukan sepanjang 2016 hingga 2021.

“Terdapat beberapa kawasan ‘hotspot’ yang menjadi tumpuan pemandu teksi untuk pihak Jabatan Teksi mengedarkan risalah seperti sekitar kawasan KL Sentral, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dan Pudu Raya.”

Spad2

Beliau berkata, risalah itu turut diedarkan ke kawasan lain termasuk pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Putrajaya dan Bukit Jalil, serta diperluaskan ke Pulau Pinang, Langkawi di Kedah, pejabat wilayah serta negeri di Semenanjung Malaysia.

TITP yang dirangka SPAD dan diluluskan Kabinet pada 10 Ogos 2016, akan dilaksanakan melalui 11 inisiatif dalam usaha menyelesaikan isu struktur yang sudah lama dihadapi industri itu berasaskan 4 prinsip utama.

Ia termasuk memanfaatkan penggunaan teknologi, menggalakkan persaingan, mewujudkan medan saingan adil dan saksama kepada pemandu teksi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi, meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyemak semula kadar tambang.

Kerajaan menerusi TITP memberi mandat kepada SPAD untuk memperkemas dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran kad pemandu tunggal, selain menetapkan peraturan bagi syarikat dan pemandu e-hailing dalam memastikan keperluan matlamat dasar seperti perlindungan insurans serta keselamatan dipatuhi.



Demikianlah Artikel SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi

Sekianlah artikel SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAD edar risalah program transformasi tingkat kefahaman pemandu teksi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/spad-edar-risalah-program-transformasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :