Judul : Suspek bakar tahfiz terhindar hukuman mati
link : Suspek bakar tahfiz terhindar hukuman mati
Suspek bakar tahfiz terhindar hukuman mati
Kow Gah ChieDitemui media di Kuala Lumpur Apandi berkata beliau masih belum mendapatkan polis
mengemukakan laporan berkaitan tragedi yang mengorbankan 23 orang pada pagi Khamis lalu itu.
"Saya masih menunggu kertas siasatan tetapi saya akan menelitinya dengan serius," katanya.
Polis menahan tujuh remaja yang menjadi suspek kepada kejadian kebakaran asrama pusat tahfiz berkenaan antara jam 6 petang 15 September hingga 2.30 pagi 16 September.
Mereka kini ditahan reman sehingga 22 September.
Menurut siasatan polis tragedi itu berpunca daripada insiden ejek-mengejek. Suspek berusia antara 11 dan 18 tahun terbabit dikatakan sengaja membakar bangunan asrama itu untuk membalas dendam.
Kata Apandi pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bagaimanapun katanya jika mereka didakwa mengikut seksyen itu pun - yang membawa hukuman mati - Akta Kanak-kanak 2001 akan menghalang hukuman seumpama itu dilaksanakan.
"Mengikut akta itu mereka tidak boleh dihukum mati kecuali berusia lebih 18 tahun," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Suspek bakar tahfiz terhindar hukuman mati
Sekianlah artikel Suspek bakar tahfiz terhindar hukuman mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suspek bakar tahfiz terhindar hukuman mati dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/suspek-bakar-tahfiz-terhindar-hukuman.html