Judul : Tiga pelajar pusat tahfiz sudah dibenar pulang
link : Tiga pelajar pusat tahfiz sudah dibenar pulang
Tiga pelajar pusat tahfiz sudah dibenar pulang
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Keadaan tiga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dirawat di Wad 7 Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan sudah stabil.
Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk, Dr Zaininah Mohd Zain berkata, ketiga-tiga pelajar itu sudah dibenarkan pulang malam tadi.
“Para pelajar yang telah dikeluarkan akan diberi rawatan susulan bagi membantu mereka yang berada dalam keadaan trauma.
“Tiga lagi pelajar masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran dan sedang diberi rawatan sokongan manakala seorang lagi berada di ICU Pedriatik. Tahap lecur di tubuh mereka ialah pada 20 peratus," katanya dipetik Utusan Online.
Mengulas lanjut Zaininah memberitahu, mangsa yang berada di ICU tidak dibenarkan dilawat walaupun dalam kalangan ahli keluarga kerana bimbang jangkitan kuman.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media malam tadi berkata, tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.
Demikianlah Artikel Tiga pelajar pusat tahfiz sudah dibenar pulang
Sekianlah artikel Tiga pelajar pusat tahfiz sudah dibenar pulang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga pelajar pusat tahfiz sudah dibenar pulang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/tiga-pelajar-pusat-tahfiz-sudah-dibenar.html