Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding

Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding
link : Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding

Baca juga


Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Waris keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang hadir ke mahkamah tidak dibenarkan mengikuti prosiding pertuduhan yang bermula hari ini.
 
Perintah berkenaan dikeluarkan Mahkamah Majistret yang hanya membenarkan waris suspek sahaja untuk berada dalam kamar mahkamah.
 
Seperti yang dilaporkan BH Online, waris mangsa akur dengan perintah tersebut dan keluar sejurus selepas diarahkan.
 
Bapa kepada Mohd Shahir, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, berkata dia akur walaupun dia mahu mendengar pertuduhan dibacakan.
 
"Saya hadir untuk mendengar pertuduhan, ikut perancangan saya ingin menghadiri keseluruhan prosiding perbicaraan.
 
"Bagaimanapun mahkamah memerintahkan supaya hanya waris suspek berada dalam mahkamah, walaupun saya ingin mengetahui perincian kes, saya akur dan serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan tugas mereka," katanya kepada pemberita.
 
Seorang ibu mangsa yang terkorban, Hartini Abdul Ghani, 48, berkata dia berada dalam mahkamah ketika majistret mengeluarkan arahan untuk meninggalkan mahkamah.
 
"Pihak mahkamah memaklumkan bahawa perbicaraan berkenaan adalah tertutup dan hanya waris suspek boleh berada dalam mahkamah.
 
"Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka, saya akan tetap mengikuti perkembangan kes ini melalui laporan media, itu sahaja yang boleh saya fikirkan ketika ini," katanya.
 
Kedua-dua mereka hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan enam remaja yang ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.
 
Kejadian pada 5.15 pagi, 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.
 
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.
 
 


Demikianlah Artikel Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding

Sekianlah artikel Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tragedi tahfiz: Mahkamah tak benar waris mangsa hadir prosiding dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/tragedi-tahfiz-mahkamah-tak-benar-waris.html

Subscribe to receive free email updates: