Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3

Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3
link : Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3

Baca juga


Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3



Perdana menteri berkata, kerajaan memerlukan majoriti 2/3 untuk memastikan pindaan Perlembagaan Persekutuan berjaya.


najib court


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan penukaran agama anak sebelah pihak, kerana kekurangan majoriti 2/3.

“Kami perlu majoriti 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Saya tidak mempunyai majoriti itu.

“Khususnya kami mahu Seksyen 88A(1) untuk dibentangkan dan diterima dalam sidang Parlimen yang berikutnya,” katanya ketika menjawab isu penukaran agama anak yang dibangkitkan dalam program TN50 hari ini.

Pada 7 Ogos lalu, kerajaan menarik balik pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164, selepas ia ditangguhkan April lalu.

Pindaan itu bertujuan menyelesaikan masalah status agama dan perebutan anak di bawah umur dalam kes penceraian melibatkan bukan Islam dan pasangannya yang sudah memeluk Islam.

Antara pindaan yang dicadangkan ialah mengekalkan agama anak, walaupun salah seorang ibu bapa memeluk Islam, melainkan ia mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan adalah satu-satunya cara untuk membentangkan Seksyen 88A Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) di Parlimen.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dengan hanya 134 penggubal undang-undang, kerajaan BN tidak mempunyai majoriti 2/3 yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan juga bimbang sebarang cubaan meminda Perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 dalam Dewan Rakyat, akan gagal jika ahli Parlimen pembangkang tidak menepati janji walaupun mereka menyokong Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016.

Katanya, sebarang kegagalan kerajaan mendapat undi 2/3 akan menjadi undi tidak percaya terhadap kerajaan juga.

Mengulas lanjut, Najib berkata, perubahan drastik perlu dilakukan agar wanita tidak didiskriminasi mana-mana pihak.

“Kami perlu membuat perubahan sekarang, apabila ia datang kepada kesamaan jantina.

“Terdapat isu-isu kritikal dan penting untuk diutarakan bagi memastikan wanita tidak langsung didiskriminasi.

“Isu seperti gangguan seksual, suara kekurangan wanita di Parlimem, perkahwinan kanak-kanak, anak luar nikah,” katanya.



Demikianlah Artikel Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3

Sekianlah artikel Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tukar agama anak: Tak pinda Perlembagaan kerana kurang majoriti 2/3 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/tukar-agama-anak-tak-pinda-perlembagaan.html

Subscribe to receive free email updates: