Judul : Warkah Anwar dari penjara memang masalah, ulang Tun Mahathir
link : Warkah Anwar dari penjara memang masalah, ulang Tun Mahathir
Warkah Anwar dari penjara memang masalah, ulang Tun Mahathir
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berpendirian warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara baru-baru menjadi masalah kepada gabungan pembangkang itu.
Beliau berkata demikian menjawab kritikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini yang mengingatkannya bahawa Anwar adalah Ketua Umum PH dan pandangannya perlu dihormati.
"Orang tanya saya... orang semua dah baca surat daripada Anwar. Jadi surat itu menimbulkan beberapa persoalan lain dan ini menjadi masalah (kepada PH), yang kita boleh selesaikan," katanya ringkas kepada pemberita.
Dr Mahathir ditemui selepas hadir mendengar keterangan Anwar di prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kerugian yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) atas urus niaga mata wang asing sekitar tahun 1990-an.
Terdahulu Dr Mahathir pada semalam dalam satu sesi dialog anjuran Pro-Waris berkata, sepucuk surat daripada Anwar menyebabkan masalah kepada PH kerana ia memberi 'lampu hijau' kepada PKR terus berhubung dengan PAS.
Tegas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga, PH sebagai suatu gabungan empat parti pembangkang sudahpun bersetuju bahawa tiada lagi rundingan akan diusahakan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Justeru ujarnya PH akan menamatkan semua cubaan PKR berunding dengan PAS menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Respon mantan perdana menteri itu bagaimanapun tidak disenangi Azmin, yang kemudiannya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar bukan sahaja Ketua Umum PKR malah beliau juga Ketua Umum PH yang suaranya perlu dihormati serta didengari.
Anwar menerusi warkah itu pada Sabtu lalu mengesahkan beliau mempersetujui usaha Azmin berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama politik dalam usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
Ujar Anwar, jikapun rundingan PKR-PAS membuahkan hasil ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'.
Demikianlah Artikel Warkah Anwar dari penjara memang masalah, ulang Tun Mahathir
Sekianlah artikel Warkah Anwar dari penjara memang masalah, ulang Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warkah Anwar dari penjara memang masalah, ulang Tun Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/warkah-anwar-dari-penjara-memang.html