'Yang tengah-tengah jarang dapat undi'

'Yang tengah-tengah jarang dapat undi' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Yang tengah-tengah jarang dapat undi', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Yang tengah-tengah jarang dapat undi'
link : 'Yang tengah-tengah jarang dapat undi'

Baca juga


'Yang tengah-tengah jarang dapat undi'

 ARIF ATAN

Mohamad Sabu rasmi Konvensyen AMANAH Selangor


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengingatkan tumpuan sepenuhnya perlu diberi dalam usaha Pakatan Harapan (PH) menentang Umno-BN pada pilihan raya akan datang kerana rakyat jarang memilih pihak yang kabur pendirian.

Sebaliknya, pengundi jelas memilih calon bertanding dari blok parti yang diyakini dapat mentadbir negara ini bukannya bersendirian seperti dapat dilihat dalam siri-siri pilihan raya lalu.

"Kita dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang antara Pakatan Harapan lawan BN. Jangan kita 'dok uk ek ek' mana lagi dah.

"Selalunya, rakyat pilih kumpulan mana yang boleh memerintah sama ada pilih Pakatan Harapan atau tolak BN. Dua itu saja sama ada tolak BN atau pilih Pakatan Harapan.

"Yang tengah-tengah jarang mendapat undi," tegasnya dengan memetik perbezaan jumlah undi yang diperoleh Datuk Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan ketika bertanding di bawah Pas yang dahulunya bersama Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen AMANAH Selangor kali kedua di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Tanpa menyebut nama Pas, beliau selanjutnya yakin parti yang bertanding tetapi tidak lebih hanya merosakkan keputusan undi akan ditolak berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun dalam pembangkang.

"Parti itu kebanyakannya akan hilang wang pertaruhan di seluruh pantai barat. Sebab itu, pengikut parti lama saya (Pas) datanglah bersama-sama Pakatan Harapan.

"Kalah tidak mahu AMANAH, pilih Keadilan. Tidak mahu Keadilan pilih Bersatu. Tidak mahu Bersatu, pilih DAP," ujarnya.

Mengulas dakwaan pihak Pas kononnya mengundi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, Mohamad mengakui berbangga dengan bentuk kempen tersebut kerana Pas dilihat tidak akan mendapat undi lagi.

"Saya berbangga, sebab kita juga boleh berkempen undi DAP bererti undi Pakatan Harapan. Undi Keadilan undi Pakatan Harapan.

"Undi AMANAH dan Bersatu bererti mengundi Pakatan Harapan. Mana ada undi untuk mereka (Pas) lagi?" katanya dalam nada berseloroh.



Demikianlah Artikel 'Yang tengah-tengah jarang dapat undi'

Sekianlah artikel 'Yang tengah-tengah jarang dapat undi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Yang tengah-tengah jarang dapat undi' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/yang-tengah-tengah-jarang-dapat-undi.html

Subscribe to receive free email updates: