Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco

Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco
link : Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco

Baca juga


Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Tidak adil minta Lim Guan Eng letak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hanya kerana insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah, kata Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. 
 
Beliau berkata kejadian yang berlaku pagi Sabtu itu berkaitan pengurusan tapak projek yang lemah dan bukannya pembangunan lereng bukit yang tidak sah atau isu-isu lain yang dibangkitkan oleh beberapa persatuan di Pulau Pinang.
 
Kumpulan-kumpulan itu menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat insiden itu dan mengancam untuk menarik sokongan kepada kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
 
"Mereka minta ketua menteri untuk letakkan jawatan kerana insiden di tapak projek. Adakah ini adil? "
 
"Kemalangan di tapak projek berlaku setiap hari di negara ini, adakah ini bermakna ramai menteri akan kehilangan kerja?" Kata Pengerusi DAP Pulau Pinang itu pada sidang media hari ini.
 
Menurut Chow, kerajaan negeri menyatakan bahawa kurangnya pengawasan oleh pihak pemaju menyebabkan insiden itu berlaku.
 
"Jurutera perunding mempunyai banyak penjelasan mengenai mengapa cerun itu ditarah dengan cara itu," kata Chow.
 
Kerajaan negeri hari ini mengarahakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan polis supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap pemaju projek dan kontraktor sekiranya didapati cuai.
 
Ketua Menteri juga membentuk Suruhanjaya Siasatan Negeri untuk meneliti kejadian itu.
 
Kementerian Sumber Manusia dan Alam Sekitar hari ini menyatakan "kekecewaan" dengan kerajaan negeri kerana membenarkan projek perumahan tersebut diteruskan tanpa mendapat kelulusan kerajaan persekutuan.
 
Bagaimanapun, Datuk Bandar MBPP Maimunah Sharif menegaskan bahawa pembangunan itu mematuhi garis panduan keselamatan negara.
 
 


Demikianlah Artikel Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco

Sekianlah artikel Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adilkah gesa Guan Eng letak jawatan hanya kerana insiden tanah runtuh? - Exco dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/adilkah-gesa-guan-eng-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :