Judul : Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam
link : Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam
Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam
ANTARAPOSBACHOK: Umno dan PAS perlu “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan.
Justeru atas dasar itulah ujarnya, Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan.
“Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, Umno sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di sini, malam tadi.
Tambahnya sungguhpun kedua-dua parti itu tidak boleh berkompromi dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun masih banyak perkara lain yang boleh dibuat bersama melalui konsep ta’awun seperti dalam meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Beliau dalam pada itu berkata Umno kini bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kita ingin menegaskan siapa-siapa (parti) yang menyokong DAP kita akan tentang seperti PPBM dan PKR.
“Bagi saya pada PRU-14 akan datang, mana-mana yang menyokong DAP kita wajib tentang kerana kita tidak mahu DAP ‘menguasai’ walaupun mereka tidak memerintah seperti yang berlaku di Selangor,” katanya.
Demikianlah Artikel Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam
Sekianlah artikel Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Annuar cadang Umno-PAS duduk semeja cari titik persamaan demi umat Islam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/annuar-cadang-umno-pas-duduk-semeja.html