Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak?

Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak?
link : Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak?

Baca juga


Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak?

Fuad Shahdan

sabah dan sarawak


Baru-baru ini Pakatan Harapan seperti biasa menunjuk hebat dengan menabur janji yang sedap didengari kepada rakyat Malaysia menerusi Belanjawan Alternatif 2018 yang dirangka mereka. 

Tetapi apabila diteliti belanjawan tersebut, mungkin ada yang terlepas pandang bahawa Pakatan Harapan seakan-akan sengaja atau pun tidak telah meminggirkan hak rakyat Sarawak dan Sabah dalam bajet tersebut.

Ini jelas, setelah membuat penilaian ke atas setiap helai bajet tersebut. Ini kerana Pakatan Harapan nampaknya lebih seronok untuk menghapuskan GST dan tol serta dengan bangga mahu mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia. Namun itu, ianya amat membimbangkan jika kita bicara tentang keperluan Sarawak dan Sabah, hanya sedikit sahaja diselitkan seolah-olah Sarawak dan Sabah ini bukan berada di dalam Persekutuan Malaysia. Adakah itu yang dikatakan bajet yang prihatin?

Menerusi bajet angan-angan tersebut, PH cuba menggariskan peruntukan sebanyak RM 75 bilion, iaitu RM15 bilion setiap penggal untuk 5 tahun yang akan datang. Ini bermaksud, hanya peruntukan sebanyak ini sahaja yang dapat digunakan oleh Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak setiap tahun selama 5 tahun dan perlu bersedia untuk tidak menerima sebarang peruntukan tambahan dalam tempoh tersebut.

Selain itu, berkenaan hak royalti petroleum untuk Sabah dan Sarawak pula PH sekali lagi berjanji untuk menambah jumlah royalti seperti biasa tetapi persoalannya di sini, tidak pula mereka menjelaskan secara terperinci tentang masa dan bagaimana ianya akan dilaksanakan. Dalam masa yang sama, jangan dilupakan ketika ini Kerajaan Sarawak sudah pun mempunyai syarikat petroleum milik mereka sendiri iaitu Petroleum Sarawak (PETROS) di mana Sarawak sendiri akan menjana pendapatan mereka menerusi syarikat ini.

Bagaimana pula dengan RM15 bilion setiap tahun seperti cubaan PH mengaburi Sabah dan Sarawak?. Persoalannya, cukupkah RM15 bilion yang diperuntukkan setiap tahun untuk Sarawak dan Sabah ini?. Tidakkah di bawah pentadbiran PM Najib Razak hari ini peruntukkan kepada Sabah dan Sarawak lebih fleksibel dengan tidak pernah diletakkan sebarang had. Apa sahaja keperluan bagi kedua-dua buah negeri berkenaan akan terus disalurkan tanpa ada sebarang limitasi tertentu.

Buktinya?. Cuba kita lihat Projek Mega Pan Borneo sebagai contoh, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM27 bilion dan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa dengan jarak sejauh 2,239 kilometer iaitu dari Teluk Melano di Sarawak sehingga ke Tawau, Sabah. Belum lagi soal rancangan pembinaan pembangunan infra lain seperti LRT, penambahbaikan pendidikan, menaiktaraf kesihatan, bencana alam dan lain-lain yang dianggarkan mencecah RM20 bilion setiap tahun.

Justeru, jelas kerajaan masakini lebih prihatin dan bertanggungjawab untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Tidak seperti kerajaan pimpinan terdahulu yang selama 22 tahun hanya memejamkan mata dan memekakan telinga.

Tanpa Sabah dan Sarawak, mana mungkin Malaysia terbentuk. Jadi, kenapa perlu mengasingkan mereka dengan menghadkan peruntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Adakah Pakatan Harapan menganggap rakyat Sabah dan Sarawak bukan rakyat Malaysia sehingga peruntukan kepada mereka amat sedikit?

Maka, Bajet Alternatif 2018 Pakatan Harapan boleh dianggap bajet tidak bertanggungjawab.




Demikianlah Artikel Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak?

Sekianlah artikel Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet Alternatif PH 2018 : Apa Jadi Dengan Rakyat Sabah Dan Sarawak? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/bajet-alternatif-ph-2018-apa-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: