Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari

Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari
link : Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari

Baca juga


Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, tidak perlu mendabik dada kononnya  belanjawan negeri Selangor yang dibentangnya lebih bagus berbanding Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
 
Sebaliknya, Azmin perlu sedar segala kemajuan serta kecanggihan prasarana yang ada di Selangor hari ini adalah ihsan kerajaan Persekutuan, yang secara langsung menarik banyak pelaburan ke negeri itu, kata Mat Nadzari.
 
Beliau juga mengingatkan bahawa belanjawan yang dibentang Azmin hanyalah untuk rakyat Selangor, jauh benar jika dibandingkan dengan bajet kerajaan yang perlu memberi manfaat kepada lebih 32 juta rakyat negara ini.
 
"Belanjawan untuk 32 juta berbanding Selangor untuk beberapa juta orang sahaja. 
 
"Selangor hanya membuat belanjawan kira-kira RM3 bilion, mana mungkin nak disamakan dengan sebuah negara yang mempunyai belanjawannya RM280 bil. Maka itu, saya rasa tak perlu lah nak dibandingkan perbelanjaan tersebut dengan sebuah negara," katanya ketika dihubungi  Antarapos hari ini.
 
Azmin, sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2018 mendakwa kononnya pengumuman demi pengumuman yang dibuat perdana menteri itu, meniru belanjawan dan dasar Selangor. 
 
Mengulas perkara itu, Mat Nadzari berkata Azmin sepatutnya menyambut baik segala pengumuman-pengumuman yang memberi manfaat untuk rakyat dan bukan mempolitikkannya.
 
Beliau juga berkata, jika prestasi Azmin menjadi ukuran, menteri besar itu hingga kini masih gagal mengemukakan 'bluprint' pengangkutan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Selangor.
 
"Dari segi sistem pengangkutan, Azmin tak boleh nak bangga sebab dia punya janji untuk sistem pengangkutan 'Blueprint' pengangkutan pun sampai hari ini tidak nampak. Kerajaan pusat mendahului mereka dalam hal ini. Sistem penyuraian kesesakan jalanraya. Itu yang dibuat kerajaan pusat yang melibatkan negeri Selangor. Selangor sendiri tidak mampu untuk buat.
 
"Azmin perlu berterima kasih. Dua tol dimansuhkan di negeri Selangor. Ada kos di situ (kos mansuh tol) yang kerajaan pusat kena tanggung. Maknanya beban itu dipikul oleh kerajaan pusat untuk kesejahteraan negeri Selangor. Itu (Azmin) kena akur," katanya.
 
Beliau turut berkata Bajet 2018 yang disifatkan sebagai 'ibu segala bajet' itu bukan sahaja merancakkan beberapa industri penting di Selangor, malah turut menyumbang kearah kesejahteraan rakyat di negeri itu.
 
Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus pula berkata asas kepada kejayaan yang dibangga-banggakan Azmin adalah datangnya daripada dana kerajaan Persekutuan.
 
"Sebenarnya asas kepada kejayaan sama ada dari segi ekonomi, kejayaan rakyat negeri Selangor sebenarnya melimpah. Limpahan daripada sistem ataupun konsep Bajet yang dibuat kerajaan pusat. Kerajaan pusat bila buat Bajet mana ada sektor-kan orang. Kalau negeri Selangor, khusus untuk orang negeri ini, tambahnya.
 
Najib pada Jumaat lalu membentangkan Bajet 2018 dengan peruntukan keseluruhan RM280.25 bilion, peningkatan RM20 bilion lebih tinggi daripada belanjawan tahun lalu.
 
Antara pengumuman besar yang diumumkan Najib termasuklah pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Johor.
 
Peruntukan RM2.2 bilion untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.
 
Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), peruntukan RM6.5 bilion kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah dan peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol. 3000 Kedai Rakyat 1Malaysia akan dibuka dalam tempoh tiga tahun di seluruh negara. 




Demikianlah Artikel Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari

Sekianlah artikel Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet Azmin untuk Selangor sahaja, jangan dabik dada - Mat Nadzari dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/bajet-azmin-untuk-selangor-sahaja.html

Subscribe to receive free email updates: