Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman

Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman
link : Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman

Baca juga


Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pihak yang membuat dakwaan kononnya beliau membayar Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion supaya dirinya dilantik mejadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai "orang tidak siuman".
 
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara sinis berkata, jika beliau mempunyai wang sebanyak itu, beliau tidak akan hidup seperti apa yang dapat dilihat hari ini.
 
"Hanya orang gila saja boleh fikir yang saya ada RM 1 bilion ringgit. Saya adalah perdana menteri yang mempunyai rumah lebih kecil berbanding menteri biasa kerana saya hanya membelanjakan duit yang saya ada.
 
"Saya rasa Raja Petra tidak siuman, kalau dia siuman, tunjuk bukti, jangan cakap macam itu saja," katanya menerusi kenyataan video yang disiarkan di laman Facebook PPBM hari ini.
 
Raja Petra menerusi blognya baru-baru ini mendedahkan bahawa Dr Mahathir telah 'membeli' Penasihat DAP itu dengan nilai RM1 bilion sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Dr Mahathir.
 
Antara syarat berkenaan adalah untuk membenarkan PPBM sebagai salah satu komponen Pakatan Harapan (PH), tidak mendedahkan apa yang diketahuinya berhubung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan menjamin kerusi selamat untuk dimenangi anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada PRU14 akan datang.
 
Raja Petra turut mendakwa sebanyak RM750 juta telah dibayar kepada Kit Siang di Singapura dan Hong Kong dan baki RM250 juta lagi akan diserahkan setelah segala perjanjian dituruti.
 
Susulan pendedahan itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim kelmarin mendesak Kit Siang menjawab dakwaan berkenaan.
 
 
 


Demikianlah Artikel Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman

Sekianlah artikel Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwa beli Kit Siang RM1b, Tun M kata Raja Petra tak siuman dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/dakwa-beli-kit-siang-rm1b-tun-m-kata.html

Subscribe to receive free email updates: