DAP menguji kekuatan politik PAS

DAP menguji kekuatan politik PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP menguji kekuatan politik PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP menguji kekuatan politik PAS
link : DAP menguji kekuatan politik PAS

Baca juga


DAP menguji kekuatan politik PAS


HIMPUNAN aman Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu ternyata satu-satu nya himpunan paling ber sejarah dan terbesar buat PAS yang telah meng himpunkan ratusan ribu ahli dan penyokongnya seluruh Malaysia.

Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan majlis berkenaan tetapi yang pa ling penting adalah ia memberi penegasan dan isyarat bahawa PAS sudah men capai kedewasaan dan kematangan sebagai sebuah parti Islam.

Perjuangan nya diiktiraf dunia dan ia konsisten dalam memperjuangkan Islam demi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Kini rakyat Malaysia sudah terlalu sedar dan faham bahawa dalam isu-isu berkenaan Islam, PAS lah yang akan sentiasa ke ha dapan dan boleh diharapkan terutama di zaman yang serba mencabar ini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malah menegaskan dalam pidatonya di majlis berkenaan bahawa: “Per kara yang baik (makruf) kita boleh bagi kerjasama, (te tapi) perkara yang tidak baik (mungkar) kita perlu beri amaran. Ini adalah contoh istiqamah kita.”

Di sinilah asas yang memisahkan antara PAS dan DAP.

PAS dan parti se kular ultra liberal se umpama DAP, pasti akan ber tembung dan berlawanan dari segi dasar dan prinsip perjuang an. Dan terbukti hari ini setelah PAS tidak terikat dengan sebarang jenis kerjasama dengan DAP, parti yang tidak dapat menerima sebarang bentuk tuntutan dan perjuangan Islam itu menjadi semakin liar dan bersungguh mahu mengasak doktrinnya ke pada rakyat kebanyakan.

Bagi DAP, Malaysia dan rakyatnya perlu berfaham an liberal dan agama perlu diletak sebagai satu aspek ritual semata-mata dalam kehidupan.

Ia tidak wajar diseret dan dibabitkan dalam sistem hidup ber kerajaan dan bernegara.

Perundangan Islam, sistem pendidikan Islam, sistem kewangan Islam dan lain-lain dikira sebagai satu penghalang dalam pembentukan sebuah ne gara Malaysia yang sekular. Bagi mereka sesuatu agama itu tidak boleh menjadi be gitu berpengaruh sehingga menentukan keputusan ke rajaan. Bagi mereka ke semua agama-agama ini ada had dan tempatnya.

Menghadkan agama sebagai amalan peribadi dan tidak mempengaruhi dasardasar kerajaan bagi mereka akan memberi jaminan hak dan kebebasan buat semua.

Bagi mereka tiada satu agama atau kepercayaan boleh mempengaruhi dasar dan sistem kerajaan. Islam letaknya di masjid, begitu juga Buddha dan Hindu di kuil serta Kristian di Gereja.
Itulah sebenarnya impian dan perjuangan mereka.

Kerana itu rang undangundang( RUU) 355 di tentang habis-habisan walaupun ia sebenarnya sekadar memperkasakan Mah kamah Sya - riah dan perlaksanaan nya pula sekadar ter pakai ke atas rakyat Malaysia yang beragama Islam sahaja. DAP tahu, sekira nya RUU itu diluluskan ia seakan memberi muka dan kedudukan pada Islam. Ini mengancam sebuah ne gara Malaysia sekular yang mahu mereka impikan. Isu “pesta arak” yang asalnya ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupa kan satu lagi contoh nyata dalam hal ini.

DAPlah yang ber sungguh menawarkan agar program berbentuk me lampau ini dibawa ke Se langor setelah ditolak DBKL. Bagi me reka berpesta arak seumpama itu adalah hak masyarakat bukan Islam yang perlu dipatuhi semua pihak ter utama masyarakat Islam dan pihak kerajaan. Tetapi sebenarnya DAP mahu menguji sejauh mana kekuatan politik PAS.

PAS dan beberapa NGO serta badan-badan Islam menentang penganjuran program ini bukan ke rana mahu menarik hak masyarakat bukan Islam te tapi mahu memberi amaran bahawa amalan atau budaya melampau sebegini perlu dibendung dari mempengaruhi masyarakat dan juga bagi menghalang penglibatan orang Islam dalam peringkat-peringkat tertentu.

Pesta sebegini ha nya akan mencemar status Islam sebagai agama Persekutuan.

Tetapi DAP pastinya akan terus mengasak dan mencabar PAS kerana bagi me reka perjuangan PAS itu meng ancam survival politik mereka.

Para pengundi khususnya rakyat Melayu yang ber agama Islam perlu sedar betapa besarnya ancam an DAP terhadap status quo negara kita pada hari ini. DAP menjuarai sistem meri tokrasi, di mana hak mutlak diberikan ke pada me reka yang layak tanpa ada pertimbangan khas dari segi hak keistimewa an dan seumpamanya.

Maka pengundi perlu bersedia menanggung risiko masa depan yang tidak me nentu apabila mereka berkuasa se hingga ke peringkat Putra jaya.

PAS sangat faham dan akur akan tuntutan dan keperluan masyarakat berbagai- bagai kaum dan agama di Malaysia, kerana PAS telah berpolitik sejak sebelum merdeka lagi, ketika parti- parti lain di barisan pembangkang belum pun wujud.

Dan PAS juga sedar asal-usul negara ini dan kedudukan Islam, Raja-raja Melayu serta keistimewaan masyarakat Bumiputera yang perlu dilindungi selain membela nasib dan kebajikan semua.

Kerana itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa me reka perlu berhati-hati dan ber waspada dalam membuat pilihan. Jangan ter pengaruh dengan individu dan kum pulan populis yang pe murah dengan janjijanji palsu yang ditaburkan semata-mata untuk menaikkan anasir-anasir seumpama DAP dan sekutu nya ke tampuk kuasa.

Pemilihan perlu dibuat dengan penuh kesedaran dan pemikiran jauh. Jangan dibiarkan keputusan dipengaruhi emosi apalagi logik akal yang terpisah dari ikatan akidah dan keimanan.

Yang tempang dan yang pincang itu perlu diubah. Itu fakta yang diakui semua, namun bukan dengan cara menaikkan pihak yang le bih mungkar yang cenderung mengetepikan pertimbangan agama.
PAS berterusan istiqamah membawa mesej bahawa rak yat perlu kembali kepada ajar an Islam untuk memperbaiki kehidupan yang ada pada hari ini dan menamatkan apa sahaja penentangan dan cabaran yang ada terhadap ajaran-ajaran Islam.

Kesejahteraan yang berkekalan hanya dapat dibawa oleh Islam. Fastaqim 2.0 memberikan isyarat bahawa seluruh jentera PAS sudah bersedia untuk memikul amanah membawa Malaysia keluar dari penderitaan dan kesengsaraan hari ini dan melenyapkan apa sahaja api yang mahu memadamkan cahaya



Demikianlah Artikel DAP menguji kekuatan politik PAS

Sekianlah artikel DAP menguji kekuatan politik PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP menguji kekuatan politik PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/dap-menguji-kekuatan-politik-pas.html

Subscribe to receive free email updates: