DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut

DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut
link : DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut

Baca juga


DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut

 
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa JPPM kini dijadikan alat politik untuk menentang parti pembangkang seperti DAP.


limguaneng-ros

KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng menyifatkan syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk DAP menyiarkan notis mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu dalam akhbar pelbagai bahasa sebagai mengarut.

Setiausa agung DAP itu merujuk satu daripada 6 syarat ditetapkan JPPM untuk parti itu menyiarkan satu pemberitahuan mengenai pemilihan semula CEC sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mengundi, masing-masing dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil, tetapi tiada syarat untuk penyiaran notis dalam akhbar berbahasa Melayu.

Surat JPPM sepanjang 3 muka surat itu yang dialamatkan kepada Lim, merujuk perbincangan antara jabatan itu dengan Lim dan 2 wakil daripada firma audit bebas, Grant Thornton pada 21 Ogos lalu.

“Untuk sebuah parti politik menyiarkan atau memberi sebarang pemberitahuan dalam akhbar adalah mengarut.

“JPPM kini dijadikan alat politik untuk menentang parti pembangkang seperti DAP,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, ini pertama kali dalam sejarah politik negara sebuah parti politik diarah menyiarkan notis dalam akhbar.

“Mereka meminta kami menyiarkan notis dalam akhbar, DAP ialah parti politik pertama diminta berbuat demikian.

“Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik Malaysia,” kata Loke.

Sabtu lalu, JPPM bersetuju dengan pelantikan firma audit bebas dari Amerika Syarikat, Grant Thornton untuk menguruskan pemilihan semula CEC DAP pada 12 November ini.

Lim berpuas hati dengan kelulusan JPPM terhadap keputusan DAP melantik firma audit bebas itu.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan itu tiada kaitan dengan kredibiliti firma audit terdahulu, PKF yang menguruskan pemilihan semula CEC DAP pada 2013.

Katanya, pemilihan semula itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, Selangor, bulan depan.

“Surat pemberitahuan pemilihan semula DAP akan dihantar kepada 2,576 perwakilan pada pemilihan CEC 2012.

“Bagaimanapun, kami tidak akan menghantar pemberitahuan kepada ahli yang meninggal dunia atau keluar parti,” katanya.

Pertikaian berhubung pemilihan DAP pada 2012 timbul Julai lalu, 3 tahun selepas perkara itu disangkakan sudah selesai antara parti berkenaan dan JPPM.

Pada 7 Julai lalu, JPPM mengeluarkan kenyataan memaklumkan ia mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC, selepas memutuskan pemilihan semula pada 29 September 2013 tidak sah.

“JPPM percaya pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama menerusi pemilihan semula itu tidak sah.

“Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan senarai perwakilan yang layak hadir dan mengundi untuk pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan,” kata Ketua Pengarah JPPM, Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam satu kenyataan.

Keseluruhan isu mengenai pemilihan DAP bermula lebih 4 tahun lalu, kurang 3 minggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 5 Mei 2013.

Pada 17 April 2013, JPPM menghantar surat kepada Lim menyatakan mereka tidak mengiktiraf CEC DAP yang dipilih menerusi pemilihan parti itu pada tahun sebelumnya.

Ketua pengarah JPPM ketika itu, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ia disebabkan dakwaan pertikaian mengenai pemilihan parti itu.

“Sehingga perkara yang dipertikaikan itu selesai, JPPM di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan tidak mengiktiraf pemegang jawatan DAP yang dibentuk CEC pada 15 Disember 2012,” katanya sambil menambah parti itu berdepan risiko pembatalan pendaftaran.

Bagaimanapun, JPPM mengeluarkan satu lagi surat pada 19 April memaklumkan parti itu dibenarkan mengguna simbol roketnya pada PRU13.

Pemilihan semula CEC akhirnya dijalankan DAP pada 29 September 2013, tetapi ia masih menimbulkan masalah kerana JPPM enggan mengiktiraf CEC itu.

Pada 22 Januari 2014, Lim memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi parti itu dengan menyatakan JPPM tiada kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menafikan pengiktirafan CEC yang dipilih semula pada 29 September 2013.

DAP menarik balik permohonan itu pada 23 September 2014, susulan pengiktirafan JPPM terhadap pemilihan semula CEC itu dan pendiriannya yang kenyataan berhubung perkara itu sekadar nasihat serta tidak terikat kepada undang-undang.



Demikianlah Artikel DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut

Sekianlah artikel DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP: Syarat siar notis pemilihan semula dalam akhbar mengarut dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/dap-syarat-siar-notis-pemilihan-semula.html

Subscribe to receive free email updates: